iLovePalestine.com

27 January 2011

my mom is amazing

Assalamualaikum wbt
hundreds of dewdrops to greet the dawn,
hundreds of bees in the purple clover,
hundreds of butterflies on the lawn,
but only one mother the wide world over.

" selamat hari lahir yg ke-54 umi ! "
selamat hari lahir tuk mama zati jugak :D
^_^

by: umi's little girl :b

25 January 2011

engagement anak abah ke-4

Assalamualaikum wbt

special case punye video setelah di suruh oleh___ beberapa kali. baru belaja. ianya sangat mudah dan pada masa yang sama sangat malas.


best viewed kat youtube kut
tahniah makcik :)

23 January 2011

hipokrit la awak

Assalamualaikum wbt
artikel ini diambil daripada mymesra

Bukanlah satu perkara yang mudah untuk menghadapi manusia yang memiliki sifat munafik. Sejarah pernah memaparkan dakwah Rasulullah saw telah beberapa kali mendapat tentangan yang dilakukan oleh orang-orang munafik. Mereka ini diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Antara kejahatan Abdullah ini ialah dia pernah menaburkan fitnah terhadap Ummahatul Mukminin Saidatina Aisyah r.anha. Aisyah telah tertinggal daripada rombongan kafilah yang hendak pulang ke Madinah lalu ditemui Safwan bin Mu’attal yang bertugas sebagai peronda untuk memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan. Saidatina Aisyah kemudian dihantar pulang, namun kesempatan ini diambil oleh orang-orang munafik untuk memfitnahnya. Fitnah ini merupakan ujian yang sangat berat kepada Siti Aisyah. Fitnah ini tidak dapat dikawal kerana orang-orang munafik telah menyebarkannya. Walaupun fitnah ini sukar dibuktikan, tetapi ia juga sukar dinafikan. Akhirnya Allah SWT telah menurunkan wahyu dan membersihkan maruah Saidatina Aisyah daripada difitnah. Peristiwa ini menunjukkan betapa sukarnya untuk menghadapi fitnah orang-orang munafik. Hanya dengan berpandukan Al-Quran, hadis dan sejarah perjuangan baginda Rasulullah saw sahaja akan kita dapat mengetahui rahsia tipuan mereka dan bagaimana menghadapinya.


Secara kasarnya syariat telah menggariskan sifat-sifat asas orang-orang munafik ini iaitu “melahirkan suasana Islam dan menyembunyikan kekufuran.” Mereka ini muncul di peringkat Madinah iaitu ketika umat Islam telah membina kekuatan ekonomi, ketenteraan, undang-undang, pertanian dan lain-lain bidang kehidupan. Orang-orang munafik menyembunyikan kekafiran terhadap Allah SWT, Rasul-Nya dan kitabullah. Orang-orang munafik akan ditimpa seksaan sebagaimana firman Allah swt: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada darjat yang paling bawah sekali dalam neraka.” (Surah An-Nisa :145)


Picture By nhtr

Orang-orang munafik merupakan orang-orang yang sangat berbahaya. Allah SWT sendiri telah mengingatkan kita akan tipu helah mereka hampir setiap surah dalam Al-Quran. Sifat-sifat orang munafik menurut Al-Quran adalah seperti berikut:

Menuduh orang beriman bersifat bodoh

Allah SWT telah menjelaskan sifat munafik ini dalam firman-Nya: “Apabila dikatakan orang kepada mereka, “ Berimanlah kamu sebagaimana manusia yang telah beriman, mereka berkata: Masakan kami beriman, sebagaimana orang-orang bodoh yang telah beriman. Ketahuilah sesungguhnya mereka itulah yang sebenarnya bodoh tetapi mereka tidak tahu.” (Al-Baqarah: 13)

Setiap kali ada umat Islam yang ingin mengamalkan cara hidup Islam, mereka akan dituduh kolot atau ketinggalan zaman. Sekiranya ada di antara mereka ingin meninggalkan amalan riba dalam pembelian, mereka telah dituduh bodoh dan menjalani perniagaan tidak menguntungkan. Sekiranya mereka menjaga batas-batas syariat dalam pergaulan, mereka giat dituduh sebagai penghalang kepada kemajuan dan sebagainya. Kerja-kerja yang tidak menyenangkan ini dilakukan oleh orang-orang munafik.

Menyuruh kepada yang mungkar dan melarang yang makruf
Firman Allah SWT: “Orang munafik lelaki dan orang munafik yang perempuan sesetengah serupa dengan yang sesetengah. Mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang daripada membuat kebajikan, mereka menggenggam tangannya (bakhil). Mereka lupa akan Allah SWT, oleh yang demikian Allah melupakan mereka pula. Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik.” (Surah At-Taubah: 67)

Keras kepala dan berbangga dengan dosa
Firman Allah SWT: “Apabila dikatakan kepadanya: Takutlah kepada Allah. Kesombongan menjadikan dia berbuat dosa. Maka cukuplah api neraka untuk balasannya dan adalah api neraka itu seburuk-buruk tempat tinggal.” (Surah Al-Baqarah: 206)

Orang-orang munafik sangat sukar untuk diberi keinsafan. Mereka rela mati dalam mempertahankan kebatilan yang mereka sembunyikan itu. Sejarah pernah menceritakan bagaimana Abdulllah bin Ubai telah terperangkap beberapa kali dalam 'lubang' yang digalinya sendiri, tetapi masih terus-terusan tidak insaf. Seluruh umurnya digunakan untuk menentang Islam.

Membantu orang kafir dan mengintip-intip orang beriman
Sifat munafik ini diceritakan Allah SWT dalam firman-Nya: “Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih iaitu orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu?”

“Iaitu orang yang menunggu-nunggu (peristiwa) yang akan terjadi pada dirimu (hai orang-orang mukmin). Maka jika terjadi bagimu kemenangan daripada Allah, mereka berkata: “Bukankah kami (turut berperang) berserta kamu?” Dan jika orang-orang kafir mendapat keuntungan (kemenangan), mereka berkata; “Bukankah kami turut memenangkanmu, dan membela kamu daripada orang-orang mukmin?” Maka Allah akan memberi keputusan di antara kamu di hari kiamat dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.” (Surah An-Nisaa': 138 - 141)

Pendirian orang munafik umpama lalang. Arah mana angin bertiup, ke situlah ia condong. Sebenarnya orang-orang munafik cuba mendapatkan keuntungan daripada kedua-dua belah pihak, Islam ataupun kafir. Walaupun begitu, hati mereka lebih kasih kepada orang kafir dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kekuasaan orang-orang kafir terhadap orang Islam.


Penipu, riak dan malas melaksanakan ajaran Islam
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Jika mereka berdiri mengerjakan solat, mereka berdiri dengan malas, serta riak (menunjuk- nunjuk) kepada manusia. Tiadalah mereka itu mengingati Allah kecuali sedikit. Mereka itu di dalam keraguan antara kafir dengan iman.” (Surah An-Nisaa': 142-143)

Orang munafik tidak akan merasa kemanisan bahkan seolah-olah rasa terpaksa setiap kali melakukan ibadah. Semuanya dilakukan demi mengelabui mata manusia. Sifat malas, cuai, suka bertangguh-tangguh dan bermudah-mudah akan dapat dilihat dengan jelas. Oleh kerana itu sudah menjadi tradisi bagi Khalifah Ur Rasyidin yang empat, mereka tidak akan menyerahkan apa-apa jawatan kepada orang yang cuai beribadah (terutamanya solat) kerana khuatir amanah rakyat jatuh ke tangan orang-orang munafik.


Memecah-belahkan orang beriman dengan projek-projek yang tidak ikhlas
Rasulullah saw pernah menyuruh para sahabat meruntuhkan sebuah masjid yang didirikan oleh orang-orang munafik. Peranan masjid yang asalnya suci telah dijadikan tempat untuk memecah-belah perpaduan orang-orang beriman. Orang munafik merasakan tindakan mereka bertopengkan agama itu akan berjaya. Namun Rasulullah saw lebih tahu apa yang tersirat di hati mereka. Allah SWT telah memberitahu hal ini melalui firman-Nya:

Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah-belahkan antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu.

Mereka sesungguhnya telah bersumpah: “Kami tidak mengehendaki selain kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya)". (Surah At-Taubah : 107)

Begitulah sifat-sifat orang munafik. Mungkin ada manusia bersifat munafik ini sangat hampir dengan kita seperti mana hampirnya Abdullah bin Ubai dengan Rasulullah saw. Mereka sanggup mengorbankan tenaga dan harta seolah-olah untuk membangunkan Islam tetapi hakikatnya adalah untuk menghancurkan perjuangan Islam. Bak kata pepatah, “tangan kanannya membangunkan Islam, namun tangan kiri meruntuhkan.”


Apakah tindakan kita selama ini seperti mana pepatah ini? Bagaimanakah kita dapat menghadapi golongan munafik ini? Pertama, kita mestilah mempelajari Islam sedalam yang boleh dengan mengikuti kelas-kelas pengajian supaya kita tidak mudah tertipu. Kita tidak mahu disebabkan oleh kejahilan, kita sendiri yang mencemarkan Islam. Kedua, berhati-hatilah dengan siapa kita berkawan. Sekiranya kawan kita itu mengajak kepada yang mungkar dan meninggalkan yang makruf, nasihatilah dengan baik. Tanganilah segala permasalahan berpandukan syariat Islam. Sentiasalah bermuhasabah diri supaya setiap hari kita dijauhi daripada memiliki sifat-sifat munafik.


Allah SWT telah berfirman: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberi jalan keluar dan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka datangnya.(Surah At-Talak: 2)

* Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Ada tiga tanda orang munafik; apabila berbicara ia berbohong, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila dipercaya ia berkhianat.

22 January 2011

tee hee !

*muka ceria kerana sudah sihat* >.<
(: Alhamdulillah, terima kasih ya Allah~

21 January 2011

a powerful message

Assalamualaikum wbt
big thanks to Sara for sharing this video. al-Hayat al-Dunya (The Life of This World) is from Abobakr Mohammed on Vimeo.


"this is the life of this world and this is wat will do for those who seek after it"

16 January 2011

daripada hamba yang sensitip

Assalamualaikum wbt
saya post ni sebab saya taknak hilang kepercayaan awak terhadap saya! :'( jadi entry ini khas untuk kawan saya yang lahir pada 27 Mei 1992 dan yang lahir pada 6 Oktober 1992.

bila jumpa, berita sedih atau gembira semuanya bermakna. sebab saya ada pendengar yang setia.

bila awak sedih, saya pun nak sedih jugakkk! (walaupun tak paham jalan cerita hehe)

bila gaduh, dua-dua tunjuk ego. degil betul!

its alrightoo, ingat tau aku oyat hari ni. even brapa kali kita gaduh, kita tetap kawan. lupakan yang gaduh-gaduh tu. kan banyak kenangan yang best-best(lupakan! aku tak suke ingat balik kesalahan yang aku buat haha). friends forever and ever :)

daripada saya yang sensitip
(walaupun buruk tapi aku lukis jugak, jangan pandang aku sebelah mata ye haha)

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." Surah Az-Zukhruf ayat 67.

13 January 2011

surah Al-Fatihah

Assalamualaikum wbt
Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna berkata: "Barangsiapa yang mentadabbur Al-Fatihah dalam hatinya, Allah akan memberi cahaya dalam hatinya."

بسم الله الرحمن الرحيم
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

الحمد لله رب العالمين
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

الرحمن الرحيم
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مالك يوم الدين
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

إياك نعبد وإياك نستعين
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

اهدنا الصراط المستقيم
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

sumber: Al-Quran ^_^

12 January 2011

jangan tengok orang kanan

Assalamualaikum wbt
post ini sebenarnya ditulis oleh Wan Nur Syuhada :) karangan terbaikk punya! momment i won't forget~ funny.

This happened a few months ago, at MMP, 6b4. suatu hari, ketika ustaz sedang mengajar madah mutolaah adab nusus...


bong : jun, bla bla, bla

jun : ha'ah, betul2 bla, bla, bla

syu : shhhh! duk diam-diam gakkk.. (namun diendahkan oleh mereka)


mereka berdiskusi perkara yg tak ada kaitan langsung dgn madah itu... tiba-tiba.....


ustaz : jangan ganggu orang di sebelah kamu..


jun dan bong terdiam.. syu yang sedang FOKUS belajar tiba-tiba tersentak lantas mengangkat muka memandang ustaz.. lantas pndangan mata mereka bertaut.. syu memandang ke arah kanannya (jun).


ustaz : jangan tengok orang kanan... awak lah, yang saya maksudkan...


jun,bong,syu tunjuk diri masing-masing..


ustaz : yang di tengah tu...

syu : dengan muka blur dan innocent bertanya "saye ke??"

ustaz : yela, awak.. berdiri sekarang.. jangan ganggu kawan masa saya tengah mengajar...


syu berdiri.. semua mata memandang ke arahnya... syu terdiam sambil kebingungan (tapi masih sempat lagi tersenyum)....


ustaz : laen kali, jangan buat lagi.. bla bla... okey, awak boleh duduk..

syu : ok, tenkiu ustaz..

syu : oh... aku tidak bersalah...! (dalam hati) sambil menjeling ke arah jun dan bong


bong dan jun ketawa berdekah-dekah sebab... mereka yang berdiskusi, tapi syu yang berada DITENGAH2 antara jun dan bong pulak yang menjadi mangsa keadaan...


jun+bong: sori syuu

syu : sori the mori laaa..


p/s: i missed that moment...

10 January 2011

your own personality

Assalamualaikum wbt

People act like doing 'bad' things makes you 'different/ like you've got your own personality', but that's utter trash. It's much more harder to go against the flow and be GOOD. It is. Try telling someone why you won't listen to 'rap music' and see how hard that is....

It's like this..... If you're a goody 2 shoes NOT because you care what others think but because you care about what your Lord thinks-- you've got nothing to change. You're a rarity/ a minority- you're a treasure :) If that's who you are, be comfortable with that and proud of that.

taken from Little Auntie

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (surah Al-Baqarah,ayat 216)

09 January 2011

letakkan Allah sebagai sempadan hati

Assalamualaikum wbt.

read >here<
jom² hihi !

"Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri."

"Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan."

"Sebab itu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita."

06 January 2011

kakcik, saye rindu k.cik!

Assalamualaikum wbt. baru hari ni aku teringat pasal kad wish dari kakcik saye, dia bagi beberapa hari sebelum exam. sweet. aih, tapi kat mane ek? mane aku letak? sudah hilang kah?

haa, dah jumpa pon.
phew~

terima kasih kakcik :)

kakcik, saye nak lagi surprise macam ni (surprise laa kunun, padahal tahu awal² pagi lagi sebelum dapat kad). haha. nak nak! bila lagi nak bagi benda k adik. *cough². bagi pondok, nak bungalow pulop. miss you, sister.

05 January 2011

orang yang terasing

Assalamualaikum wbt



"Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang yang dikatakan asing"

بارك الله فيكم

serabut serabut

Assalamualaikum wbt. anneyong ha-se-yo =.= *baru belaja mengeja. to be honest, Im not in the mood. dikesempatan ini, aku nak ucapkan congrat to Siti Syifa. proud to be your fwen, usaha lagi yee. ahhh, okey jun! never ever give up! kuat kan semangat.. this is not the end of the world, right.. who knows, tomorrow will be your day. aduhh.. ya Allah, beri lah aku kekuatan untuk mengharungi ujian ni. semangat jun bersemangat! semangat!! ^_^" *fake smile

skali kurebah, sejuta kali kubangkit

stress? oh noo, sape kate saye tertekan! saye nyaris² nak makan mee sup buat kali kedua. haha semakin berselera. weeeeeeell, you know me! by the way, selamat berjaye korangg :)

01 January 2011

I want my nose back!

Assalamualaikum wbt.