iLovePalestine.com

11 February 2014

Back to Allah!



Salam Muhasabah!!

Saat dirimu di himpit kesulitan,
baru mula sibukkan diri mengadu pada Allah!

 Tidak malukah?!

 Allah sedia menantimu rintihan demi rintihan
aduan demi aduan dengan sabar!

 Allah mengasihimu dengan nikmat
tetapi mengapa membalasnya dengan maksiat?

Jika dikatakan seorang isteri kebanyakan tidak rela disyirikkan/diduakan,
lalu menangis, marah dan kecewa dan terus membelakangi si suami.

Inikan Allah Azzawajalla yang akan menyisihkanmu
dengan segala rahmat dan kasih sayangNya?

Sejauh mana kita cinta dan kasih pada Allah?

Sedarlah Junainah!!

Terlalu banyak dosa yang kamu lakukan namun Allah tak henti-henti bagi kamu peluang supaya kamu kembali pada Allah.

 Mujahadah lah Jun!! Berubah lah! ‪

#‎Sentap‬!

09 February 2014

menangisi dosa-dosa semalam

Salam


Sangat menyampah tengok betapa gedik nya saya di facebook especially kat post2 lama. Allah, saya memang nakal dan jahat, pernuh dengan maksiat! belum masuk lagi friendster, myspace, ym, myrakan dan lain-lain. Medan maksiat bagi orang tidak berfikir! Malu dengan diri sendiri dan sangat kagum pada remaja yang manfaat kan masa lalu nya dengan baik.

ya Allah..

Ada manfaatnya mengenang kembali dosa-dosa lalu, namun bukanlah sebagai asbab untuk kembali pada zaman jahiliy tersebut tetapi menjadikan satu penyesalan serta secara automatik menjadi rendah diri. Merasakan orang lain lebih tinggi darjatnya berbanding diri yang hina, lalu ibadah makin kusyuk hanya keranaNya. bukan lagi makhluk.. Kerna saya yakin sekiranya dosa ini berbau dan boleh nampak zahirnya dan jisimnya, sudah pasti tiada makhluk yang mahu mendekati saya. Di saat itu, berulah timbul bibit-bibit cinta pengaduan demi pengaduan.. kesyukuran demi kesyukuran kerana Allah masih terima hamba yang penuh dengan maksiat ini.

ya Allah..

Saat diri menangisi dosa-dosa yang semalam, rasa menyesal tidak pernah lari dari fikiran. Jangan menyesal dengan kisah semalam, tanpa sejarah ini belum pasti lagi saya bisa sedar. Belum pasti lagi hidayah Allah akan menyapa lebih awal. Allahu.. jangan ditarik kembali hidayah ini.

Mungkin benarlah kata-kata ini.. Hidup ini ibarat gambar hasil pembikinan, kita bermula dari lembaran negatif.

Wallahu a'lam.
Sekadar berkongsi perasaan yang menyeruak hati ini saban hari.
Terima kasih pada yang masih sudi menerima hamba yang penuh dengan dosa ini.

Hati ini selamanya milik Allah dan RasulNya.

08 February 2014

gadis itu..

Ya Allah,

aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang hidup matinya hanya utk Mu ya Allah,
cinta utamanya adalah cinta Mu ya Allah,
semua perkara yang dilakukannya adalah kerana Mu ya Allah,
meletakkan Mu di atas segalanya,
agar hati dan diri sentiasa dipelihara,
daripada setiap kelalaian dunia.

 Ya Allah,

 aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang pandai mengurus masa,
dakwah dan pelajaran diimbangi sebaik mungkin,
bersungguh-sungguh ketika belajar,
tetapi pada masa yang sama,
tidak lupa utk menyumbang di jalan dakwah.

Ya Allah.

 aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang menjaga pergaulannya,
 berbicara dengan lelaki hanya pada yang perlu,
suaranya tidak menggegar hati yang mendengar,
mengenakan pakaian yang ditutup sempurna,
membuat lelaki juga hormat padanya.

 Ya Allah,

 aku ingin menjadi seperti gadis itu,
 tidak ditakuti tetapi disegani,
tidak sombong tetapi dihormati dicintai kerana
agama yg ada padanya bukan kerana
kecantikan atau harta yg utama.

 Ya Allah,
 berilah aku kekuatan, untuk berubah ke arah itu..♥♥♥