iLovePalestine.com

16 November 2010

bila wukuf?

Assalamualaikum wbt! ekceli aku agak kompius nak post kat blog yang mana satu, almaklum lah blog banyok sangat tapi active tidak haha. hai hai saye menulis lagi, beberape hari sebelum hari eidul adha pada 8zulhijjah umi saya suh puase sunat. wukuf katenye. tapi bila aku tanye kawan aku terus dia kate mane adaaaa lusa baru raya, maksudnye esok lah wukuf 9zulhijjah. haha. jadi aku terus niat puasa sunatlillah saje. keliru aku dibuatnya hihik. den umi saye explain, penduduk Makkah(termasuk k.ngoh) dah wukuf di Arafah hari ni, sebab tu suruh ikut yg sana. peningnyee, nak ikot yang mane satu? ahh, aku keliru~ surf kat internet je lah hehe. aku mana pandai.


Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah,maka Rasulullah s.a.w. bersabda “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas”.(Riwayat Imam Muslim)

wah sangat best! okey, puasa tu kena pada hari Arafah okeyyy tapi masih keliru dan keliru lagii.

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung dengan berpuasa pada hari Arafah; “Dan berpuasa pada hari Arafah itu adalah pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim (Puasa pada hari Arafah dihitung di sisi Allah menghapuskan dosa seseorang pada tahun sebelum dan tahun selepas)”.

9zulhijjah! yes yes. macam yang blaja mase form4 dulu tapi suam2 kuku ingat hehe. seterusnya, what if kita keliru nak ikot negara Arab Saudi or negara kita yang ikot anak bulan?

Syeikh Syihabuddin dalam kitab Hasyiatan menyatakan; (Dan hari Arafah) dan sekiranya berlaku syak berkenaan hilal Zulhijjah maka tiada haram dan tiada makruh berpuasa pada hari Arafah sebagaimana berpuasa pada hari yang ke-30 Ramadhan setelah syak pada kedudukan hilal awal Ramadhan”.

Al-Syeikh Zainuddin Abdul Aziz al-Malibari menambah; “Dan lebih cermat lagi berhati-hati, berpuasalah pada 8 dan 9 Zulhijjah”.

Al-‘Allamah Abi Bakar Usman bin Muhammad Syata al-Dumyati
mengulas; “Kerana bahawasanya (berpuasa pada hari yang ke-8 Zulhijjah itu) kadang-kadang jatuh pada 9 Zulhijjah”.


tapi Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura guna kaedah rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (kiraan falak) berdasarkan kriteria Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan). waa wats that. rumitnya, thats why saye takberape minat dengan falak. so, gimana? nak ikot negara Arab Saudi atau ikot anak bulan kat negara sendiri?

Hujah Mazhab al-Syafi’i merujuk kepada sunnah, qias, dan logik
i)Sunnah
Kuraib menceritakan bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Syam. Kuraib berkata, “Aku tiba di Syam dan menunaikan hajatnya sedangkan pemberitahuan dan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah al-Munawwarah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan”. Katanya, “Bilakah kamu melihat anak bulan?”. Aku menjawab, “Kami melihat pada malam Jumaat!”. Ibnu Abbas bertanya lagi katanya, “Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?”. Aku menjawab, “Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa”. Ibnu Abbas berkata, “Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal”. Aku bertanya, “Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?”. Ibnu Abbas menjawab, “Tidak! Beginilah caranya Rasulullah s.a.w. menyuruh kami”. (Riwayat Imam Muslim)

ii)Qias
Ulama’ Mazhab Syafi’i mengqiaskan perbezaan terbit bulan dengan perbezaan terbit matahari yang membawa kepada berlaku perbezaan waktu solat.

iii)Hukum Akal
Syarak telah mengaitkan wajibnya berpuasa dengan timbulnya bulan Ramadhan dan permulaan Ramadhan adalah berbeza disebabkan oleh perbezaan negeri-negeri yang membawa kepada perbezaan mula berpuasa di negeri-negeri yang berlainan.

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi; Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq”.

haa got it! ikut anak bulan kat rumah je.aku buat kesimpulan melalui ape aku dah bace, haha. kalu salah harap tegur. sekian :)
website yang banyak membantu,bukak lah. teng treng teng2!

p/s: kebetulan selepas beberapa hari saya post ini entry, ustaz luqman pun turut membangkitkan isu ini. dan pendapat dia juga sama. jadi, jangan ragu2 untuk ikot anak bulan kat negara kita sendiri haha. peace!

No comments: