salam
seorang ulama' bernama Syuja' al Kirmani berkata:
"Sesiapa yang usia hidupnya dicurahkan untuk taat kepada Allah SWT, batinnya sentiasa berbisik kepada Allah SWT, matanya selalu menunduk dan menghindari sesuatu yang diharamkan Allah SWT serta dirinya menahan diri daripada segala yang 'berbau syubhah', selalu menyibukkan diri daripada perkara haram, maka firasatnya tidak akan meleset. Dialah seorang pahlawan yang memiliki pisau analisis yang sangat tajam. Dan firasatnya akan sentiasa tepat dengan apa yang dikehendaki."
Ertinya, Allah SWT membalas semua perbuatan hamba-Nya sesuai dengan amal perbuatan yang dilakukan. Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka Allah akan menggantikan amal perbuatan tersebut dengan kebaikan. Dengan kata lain, sesiapa yang menundukkan pandangan daripada segala yang haram hanya kerana Allah, maka Allah akan memberi pelita dalam hatinya agar hatinya terang-benderang. Dengan demikian dia semakin mudah dan ringan melakukan kebaikan. Pintu iman, ilmu pengetahuan dan firasat yang benar akan terbuka sehingga apabila akan berlaku sesuatu yang menimpa dirinya, dia terlebih dahulu diberitahu oleh Allah SWT
Sedangkan orang yang sebaliknya iaitu orang yang tidak pernah menahan pandangannya, maka dia akan selalu dihantui kebinasaan seperti kaum Lut. Mereka bukannya orang yang tajam pandangan hatinya, tetapi mereka orang yang buta mata hatinya. -Solusi
No comments:
Post a Comment