Salam,
Renungan~ Bagaimana diri kita ???
3 elemen penting yang perlu ada dalam diri penuntut ilmu :
- Rabbaniyyah
- Salafiyyah
- Harakiyyah
Jika Rabbaniyyah tanpa 2 lagi sifat akan melahirkan insan yang tenggelam dengan zikir dan dirinya sendiri..,
Jika Salafiyyah tanpa 2 lagi sifat akan melahirkan insan yang tenggelam dengan perbahasan ilmiyyah dan perdebatan..,
Jika Harakiyyah tanpa 2 lagi sifat akan melahirkan insan yang tenggelam dalam dunia organisasi dan politik..,
Tak kiralah mengaji dekat mana,apa bidang yang diambil tapi isilah dengan ketiga-tiga elemen ini.. Rabbaniyyah agar diri kita sentiasa terikat dengan Allah. Salafiyyah agar kita sentiasa mencontohi generasi 3 kurun terbaik. Harakiyyah agar kita sedar yang ilmu ini bukan untuk diri sendiri tetapi untuk dakwah kepada masyarakat.
Petikan dari kutaib karangan Dr. Solah Abdul Fattah al-Khalidi.
-الخطة البراقة لذي النفس التواقة-
c&p
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”
11 November 2013
Nasihat dari Ibnu Qayyim
Salam,
Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim
1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.
Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim
1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.
09 November 2013
selingan sambil study..
salam,
sekadar berkongsi perasaan dan pemerhatian.
sedar taksedar, baru saya tahu pengorbanan umi dan abah especially kalau ada anak perempuan.. kita jaga budak tu, didik dia.. tapi bila dah besar, anak perempuan tu banyak pula bercakap pasal nak kahwin. sikit-sikit nak kahwin. dan dengan kawan-kawan pun pasti tu lah yang menjadi topik utama..
menangis hati umi dan abahnya. anehnya, anak itu tidak pernah fikir betapa beratnya umi dan abah nak melepaskan anak ni pergi.. umi dan abah sudah lama membesarkan dia sampaikan banyak duit belanja habis kerana anak perempuan mereka ni.. sedih.. memang beginikah kitarannya? anak mereka yang dijaga, didik dengan jayanya memang akan dibawa pergi oleh seorang yang tak dikenali kah? seterusnya selepas berkahwin, lagi menangis hati umi dan abahnya kerana anak perempuan mereka berjauhan dengan mereka.. aduh. bagaimana anak perempuan saya kelak? atau.. memang beginikah kitarannya?
saya sedang cuba menempatkan diri di situasi umi dan abah. pengorbanan besar yang tak mampu dibayar, namun doaku takkan putus ku hantar.
ya Allah, bantulah saya untuk jaga hati dan perasaan umi abah sentiasa...
17 October 2013
tarbiyah jasadiyah dan ruhiyah, mana lebih pnting/
Assalamualaikum,
Petikan Murabbi.
c&p
Jangan pisahkan antara jasad dan rohani.
Rohani perlu kita bajai dan hidupkan.
Dalam berdakwah, jangan hanya membawa jasad.
Jangan disekularkan antara rohani dan jasad.
kerana...
dalam diri kita yang hidup adalah rohani...
manusia mulia bukan kerana jasad.
tetapi
manusia mulia kerana
rohani yang ditiupkan Allah kepadanya.
Rohani adalah bukti keagungan dan kekuasaan Allah.
Maka .
Rohani perlu dibajai
kerana ia adalah kekuatan
terutamanya kepada seorang pejuang.
Petikan Murabbi.
c&p
25 May 2013
indahnya wanita solehah :)
wanita solehah itu tak suka mengenali dan dikenali,
tak suka memandang dan dipandang,
serta dibibirnya tak meniti nama-nama lelaki,
dan di bibir-bibir lelaki tak meniti namanya..
tak suka memandang dan dipandang,
serta dibibirnya tak meniti nama-nama lelaki,
dan di bibir-bibir lelaki tak meniti namanya..
-saidatina fatimah
“
27 March 2013
doa pinta kekuatan dan kemuliaan
21 February 2013
Syoknya usrah!
Indahnya usrah,
diukirnya fikrah,
dipasaknya akidah,
dibimbing untuk taqarrub kepada Rabbi,
ditambat mati jiwa-jiwa suci,
oleh tali rabitah yang pasti,
didasari oleh mahabbah pada Ilahi,
walau digoncang mehnah dan tribulasi,
untuk tasaquth penting sekali,
kerana usrah bukan hubungan duniawi,
tapi matlamatnya membawa ke firdausi,
semoga Allah memelihara dan memberkati,
wasilah suci perjuangan Nabi
penawar duka dan sengasara huu~
Salam
DR Maza kembali lagi hehe ^_^ kelakar bila pikir balik dari mana asal usulnya saya mula mengenali dan menyukai DR Maza, huhu it's really funny to me ye! Semalam saya beli buku ni, sangat inspired! Ubat duka hii..
Terjumpa K.Fizah aka naqibah kesayangan saya sem lepas dan kebetulan birthday dia semalam.. Saya terus bagi kat dia! ^_^ Bangga, dia terharu :) Kemudian saya beli lagi satu tuk saya.
Antara part yang membuat iman saya tersentuh ialah;
Melihat manusia yang diuji menjadikan kita rendah diri dan insaf. Mungkin dia yang dilihat oleh orang lain sedang dalam ketenatan cabaran tetapi sebenarnya dia sedang tenggelam dalam rahmat dan kasih sayang TUHAN. Melihat orang susah, mereka yang dizalimi, mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan menyebabkan kita terlintas segera dalam perasaan, 'Dia di sisi ALLAH mungkin lebih baik daripada diriku ini.'
**
Ketika ramai manusia berlari mencari keredhaan makhluk, golongan ghuraba', berlari mencari keredhaan Allah, sekali pun dimusuhi makhluk.
"Maka larilah kepada Allah" - Surah Az-Zariyyat,50
Overall tak baca semua lagi, just skip tempat touching2. Allah gerakkan hati saya beli buku ni, terima kasih Allah. Taknak beli buku, boleh baca kat website dia.
Haa, part ni pun boleh buat saya tersentap. Umumnya kita memang dah tahu tapi kadang kita lupa, ibarat hanyut dalam mimpi ngeri.
Maka insan hendaklah sedar, ketika dia berusaha, dia sebenarnya menunaikan segala perintah yang ditetapkan dan merupakan amal ibadat buatnya di akhirat. Jika dia gagal, bukan bererti Allah menzaliminya tetapi dia adalah makhluk yang terpaksa tunduk kepada perjalanan alam yang DIA ciptakan.
**
Jika setelah berdoa dia tetap diuji, bererti dia mesti terus berusaha sementara ALLAH tetap memberi pahala kepadanya. Dengan itu dia telah menggabungkan iktikad dan tindakan. Menyebabkan dia cuba mematuhi tuntutan alam yang ALLAH tetapkan, dalam masa yang sama jiwanya bergantung kepada-NYA.
Saya kagum dengan DR Maza, walaupun dia pernah memegang jawatan Mufti dan sebagainya, langsung tidak terpengaruh dengan persekitaran. adil dan berpegang dengan pendirian selari dengan syariah Islam.. tidak berat sebelah dan sentiasa lantang dalam memberi nasihat. Moga istiqamah.
Mana nak cari pemimpin seperti ini sekarang?
Subscribe to:
Posts (Atom)