iLovePalestine.com

09 November 2013

selingan sambil study..

salam,

sekadar berkongsi perasaan dan pemerhatian. sedar taksedar, baru saya tahu pengorbanan umi dan abah especially kalau ada anak perempuan.. kita jaga budak tu, didik dia.. tapi bila dah besar, anak perempuan tu banyak pula bercakap pasal nak kahwin. sikit-sikit nak kahwin. dan dengan kawan-kawan pun pasti tu lah yang menjadi topik utama..

menangis hati umi dan abahnya. anehnya, anak itu tidak pernah fikir betapa beratnya umi dan abah nak melepaskan anak ni pergi.. umi dan abah sudah lama membesarkan dia sampaikan banyak duit belanja habis kerana anak perempuan mereka ni..  sedih.. memang beginikah kitarannya? anak mereka yang dijaga, didik dengan jayanya memang akan dibawa pergi oleh seorang yang tak dikenali kah? seterusnya selepas berkahwin, lagi menangis hati umi dan abahnya kerana anak perempuan mereka berjauhan dengan mereka.. aduh. bagaimana anak perempuan saya kelak? atau.. memang beginikah kitarannya?

saya sedang cuba menempatkan diri di situasi umi dan abah. pengorbanan besar yang tak mampu dibayar, namun doaku takkan putus ku hantar. ya Allah, bantulah saya untuk jaga hati dan perasaan umi abah sentiasa...

No comments: