Ya Allah,
aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang hidup matinya hanya utk Mu ya Allah,
cinta utamanya adalah cinta Mu ya Allah,
semua perkara yang dilakukannya adalah kerana Mu ya Allah,
meletakkan Mu di atas segalanya,
agar hati dan diri sentiasa dipelihara,
daripada setiap kelalaian dunia.
Ya Allah,
aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang pandai mengurus masa,
dakwah dan pelajaran diimbangi sebaik mungkin,
bersungguh-sungguh ketika belajar,
tetapi pada masa yang sama,
tidak lupa utk menyumbang di jalan dakwah.
Ya Allah.
aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang menjaga pergaulannya,
berbicara dengan lelaki hanya pada yang perlu,
suaranya tidak menggegar hati yang mendengar,
mengenakan pakaian yang ditutup sempurna,
membuat lelaki juga hormat padanya.
Ya Allah,
aku ingin menjadi seperti gadis itu,
tidak ditakuti tetapi disegani,
tidak sombong tetapi dihormati
dicintai kerana
agama yg ada padanya
bukan kerana
kecantikan atau harta yg utama.
Ya Allah,
berilah aku kekuatan,
untuk berubah ke arah itu..♥♥♥
No comments:
Post a Comment