iLovePalestine.com

09 February 2014

menangisi dosa-dosa semalam

Salam


Sangat menyampah tengok betapa gedik nya saya di facebook especially kat post2 lama. Allah, saya memang nakal dan jahat, pernuh dengan maksiat! belum masuk lagi friendster, myspace, ym, myrakan dan lain-lain. Medan maksiat bagi orang tidak berfikir! Malu dengan diri sendiri dan sangat kagum pada remaja yang manfaat kan masa lalu nya dengan baik.

ya Allah..

Ada manfaatnya mengenang kembali dosa-dosa lalu, namun bukanlah sebagai asbab untuk kembali pada zaman jahiliy tersebut tetapi menjadikan satu penyesalan serta secara automatik menjadi rendah diri. Merasakan orang lain lebih tinggi darjatnya berbanding diri yang hina, lalu ibadah makin kusyuk hanya keranaNya. bukan lagi makhluk.. Kerna saya yakin sekiranya dosa ini berbau dan boleh nampak zahirnya dan jisimnya, sudah pasti tiada makhluk yang mahu mendekati saya. Di saat itu, berulah timbul bibit-bibit cinta pengaduan demi pengaduan.. kesyukuran demi kesyukuran kerana Allah masih terima hamba yang penuh dengan maksiat ini.

ya Allah..

Saat diri menangisi dosa-dosa yang semalam, rasa menyesal tidak pernah lari dari fikiran. Jangan menyesal dengan kisah semalam, tanpa sejarah ini belum pasti lagi saya bisa sedar. Belum pasti lagi hidayah Allah akan menyapa lebih awal. Allahu.. jangan ditarik kembali hidayah ini.

Mungkin benarlah kata-kata ini.. Hidup ini ibarat gambar hasil pembikinan, kita bermula dari lembaran negatif.

Wallahu a'lam.
Sekadar berkongsi perasaan yang menyeruak hati ini saban hari.
Terima kasih pada yang masih sudi menerima hamba yang penuh dengan dosa ini.

Hati ini selamanya milik Allah dan RasulNya.

No comments: