Salam
Ingin sekali memetik ungkapan dari buku "Siapa ALLAH di hatimu?" nukilan Ibnu Rijal, analogi yang mampu membuka mata para pembaca, membajai hati pembaca hingga berbunga-bunga.
Nikmat daripada-NYA ibarat air yang mengalir, tidak pernah berhenti walaupun sesaat. Ia juga tidak pernah berpatah kembali, sekali ia mengalir, ia akan terus pergi ke lain destinasi. Kerana itu..
Kerana itu setiap kali ALLAH swt menggambarkan keindahan syurga-syurga-NYA di dalam al-Quran, DIA pasti meletakkan kalimah sungai sebagai perlambangan nikmat yang sentiasa mengalir, tiada henti-henti dan terus mengalir sehingga infiniti. Tidak terhitung banyaknya, tidak berhenti selamanya.
Andai demikian besar kurnia daripada-NYA, lalu bagaimana dengan hatimu setelah membacanya? Siapa DIA di hatimu?
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah keberuntungan yang besar."(Al-Buruj, 11)
"Maha suci (ALLAH) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikan-Nya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikan-Nya (pula) untukmu istana-istana.."(Al-Furqan, 10).
No comments:
Post a Comment