iLovePalestine.com

15 April 2015

Di sebalik ayat perang khauf

Assalamualaikum,


Pernah dengar tak solat khauf? Solat khauf atau solat dalam ketakutan ini ialah solat yang kita lakukan dalam keadaan cemas dan sangat membahayakan.

Memetik firman Allah سبحانه وتعالى dari surah an-Nisa' ayat 102:

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِن وَرَ‌ائِكُمْ وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَ‌ىٰ لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَ‌هُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ ۗ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن كَانَ بِكُمْ أَذًى مِّن مَّطَرٍ‌ أَوْ كُنتُم مَّرْ‌ضَىٰ أَن تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ ۖ وَخُذُوا حِذْرَ‌كُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِ‌ينَ عَذَابًا مُّهِينًا 

 “Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum solat (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersolat (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.” (Surah An-Nisa’ 4; Ayat 102)

Dari ayat al-Quran ini kita memahami bahawa ada beberapa kumpulan tentera Islam yang menjadi subjek. Jelas pada awal ayat di atas  menunjukkan wazan perbuatan yang berbeza. Allah SWT berfirman di awalnya:

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ 

Perbuatan تقم, penggunaan bentuk wazan dituju pada طائفة. Kemudian diikuti dengan perbuatan seterusnya يأخذوا.

Hakikatnya di sini, penggunakan يأخذوا menunjukkan pada sebahagian baki tentera-tentera Islam yang lain. Begitu juga ayat yang mengikutinya selepas itu. Andainya Allah SWT menggunakan wazan feel تأخذوا kepada tentera Islam dari kumpulan lain pasti kita pening dan maksud tak kesampaian..

SubhanaAllah, indahnya apabila kita memahami bait  bait al-Quran seolah-olah Allah SWT berbicara dengan kita.

p/s: wAllahu a'lam. Sekadar berkongsi apa yang belajar, mohon tunjuk ajar semua.


No comments: