iLovePalestine.com

13 July 2016

Usah sombong dengan amalan

Mengimbau memori yang tidak pernah terkubur. Umm qura.. Sampai ketemu nanti.

Bisikan
Berkata Ibn Al-Qayyim Rahimahullah :

Sekiranya Allah mudahkan untukmu bangun solat malam, Maka janganlah memandang mereka yang tidur dengan pendangan yang hina.

Dan sekiranya Allah mudahkan dirimu untuk berpuasa, Jangan pula engkau pandang mereka yang tidak berpuasa dengan pandangan yang hina.

Dan sekiranya Allah mudahkan dirimu untuk berjihad, Maka janganlah engkau pandang mereka yang tinggal tidak berjihad dengan pandangan yang hina.

Kerana, mungkin mereka yang tidur, yang tidak berpuasa dan tidak dapat turus serta dalam jihad itu, lebih dekat kepada Allah berbanding engkau! .

Dan berkata Ibn Al-Qayyim lagi :
. "Dan jika engkau tidur sepanjang malam dan bangun kemudian menyesal(kerana tidak bangun solat malam) adalah lebih baik daripada engkau solat sepanjang malam, kemudian berpagi-pagian dengan 'ujub/rasa bagus(kerana solat yang dikerjakan malam tadi), .
Kerana sesungguhnya orang yang 'ujub/rasa bagus(dengan amalannya), amalannya tidak diangkat ke langit untuknya. (Madarij As-Salikin 1/177)

No comments: