Salam,
Belajarlah dari pokok, yang menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya,
belajarlah dari bunga, yang sentiasa tersenyum menyebarkan haruman..menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah setiap insan, juga menggembirakan setiap mata yang memandang..
dan belajarlah dari daun yang luruh,yang sabar ketika menghadapi kesukaran.. sentiasa tersenyum menunggu hari yang baek & sesuai untuk tumbuh kembali..
39:21. tidakkah Engkau memerhatikan? Bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu dialirkanNya menjadi sumber-sumber air di bumi; kemudian ia menumbuhkan Dengan air itu tanaman-tanaman Yang bermacam-macam warnanya; kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya menjadi kekuning-kuningan; kemudian ia menjadikannya hancur berderai-derai. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu mengandungi peringatan Yang menyedarkan orang-orang Yang berakal sempurna.
SubhanAllah..
maha suci Allah dari segala kecacatan..
No comments:
Post a Comment