iLovePalestine.com

20 July 2012

Perang Badar Dalam Kenangan

Assalamualaikum,

Beberapa catatan peristiwa penting perang badar yang saya cuba abadikan ini adalah sebagai panduan dan renungan bersama. Saya cuba mengumpulkan hadis yang sahih dan hasan mengenainya dan tidak merujuk dengan mana-mana sumber yang berasal dari perawi yang terdiri dari Syiah. Kesukaran mendapatkan sumber ini secara teliti adalah disebabkan kekurangan masa dan kelemahan diri saya sendiri. Tetapi, dengan huraian ringkas ini, diharapkan ianya dapat menjadi tazkirah buat kita semua Insya Allah. Saudara yang dimuliakan Allah, Perang Badar (غزوة بدر‎), berlaku pada 17 Mac 624 (17 Ramadhan 2 H) di Hijaz dari barat Semenanjung Arab (Arab Saudi), merupakan pertempuran penting dalam zaman awal Islam. Jumlah tentera Islam ialah antara 313 hingga 319 orang iaitu kira-kira 82 Muhajirin (83 - 86 orang), suku al-Aws seramai 61 orang dan 170 orang suku al-Khazraj manakala tentera Musyrikin berjumlah kira-kira 900-1000 orang. Firman Allah Azza Wajalla,


"Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang Muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati." (Surah Ali 'Imran: 13)

Malaikat juga turut membantu peperangan badar. Mereka membantu dengan menimbulkan rasa takut dan huru-hara di kalangan orang Musyrikin.

“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam Peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertawakallah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang Mukmin, "Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?" Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, nescaya Allah menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda”. (Surah Ali 'Imran: 123-125)


Dalam masa yang sama, di dalam Tafsir Ibnu Katsir Surah al-Anfaal ayat 48, Iblis juga menjelma sebagai Suraqah bin Malik bin Jaksyam al-Mudlaji dari suku Bani Mudlijuntuk membakar semangat kaum musyrikin. Tetapi Iblis tidak menyertai peperangan, termasuklah syaitan-syaitan dan jin-jin kerana gerunnya mereka kepada kehadiran Malaikat-malaikat serta Haizum iaitu kuda milik Jibrail.

Andai kata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka di pihak yang benar. Ini disahkan dalam hadis riwayat Muslim di bawah berserta ayat Al-Quran.

حَدَّثَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ حَدَّثَنِي سِمَاكٌ الْحَنَفِيُّ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ يَقُولُ حَدَّثَنِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ قَالَ لَمَّا كَانَ يَوْمُ بَدْرٍ ح و حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَاللَّفْظُ لَهُ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ يُونُسَ الْحَنَفِيُّ حَدَّثَنَا عِكْرِمَةُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنِي أَبُو زُمَيْلٍ هُوَ سِمَاكٌ الْحَنَفِيُّ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ قَالَ حَدَّثَنِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ قَالَ لَمَّا كَانَ يَوْمُ بَدْرٍ نَظَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْمُشْرِكِينَ وَهُمْ أَلْفٌ وَأَصْحَابُهُ ثَلَاثُ مِائَةٍ وَتِسْعَةَ عَشَرَ رَجُلًا فَاسْتَقْبَلَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقِبْلَةَ ثُمَّ مَدَّ يَدَيْهِ فَجَعَلَ يَهْتِفُ بِرَبِّهِ اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ إِنْ تُهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةَ مِنْ أَهْلِ الْإِسْلَامِ لَا تُعْبَدْ فِي الْأَرْضِ فَمَا زَالَ يَهْتِفُ بِرَبِّهِ مَادًّا يَدَيْهِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ حَتَّى سَقَطَ رِدَاؤُهُ عَنْ مَنْكِبَيْهِ فَأَتَاهُ أَبُو بَكْرٍ فَأَخَذَ رِدَاءَهُ فَأَلْقَاهُ عَلَى مَنْكِبَيْهِ ثُمَّ الْتَزَمَهُ مِنْ وَرَائِهِ وَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ كَفَاكَ مُنَاشَدَتُكَ رَبَّكَ فَإِنَّهُ سَيُنْجِزُ لَكَ مَا وَعَدَكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنْ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ } فَأَمَدَّهُ اللَّهُ بِالْمَلَائِكَةِ قَالَ أَبُو زُمَيْلٍ فَحَدَّثَنِي ابْنُ عَبَّاسٍ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَوْمَئِذٍ يَشْتَدُّ فِي أَثَرِ رَجُلٍ مِنْ الْمُشْرِكِينَ أَمَامَهُ إِذْ سَمِعَ ضَرْبَةً بِالسَّوْطِ فَوْقَهُ وَصَوْتَ الْفَارِسِ يَقُولُ أَقْدِمْ حَيْزُومُ فَنَظَرَ إِلَى الْمُشْرِكِ أَمَامَهُ فَخَرَّ مُسْتَلْقِيًا فَنَظَرَ إِلَيْهِ فَإِذَا هُوَ قَدْ خُطِمَ أَنْفُهُ وَشُقَّ وَجْهُهُ كَضَرْبَةِ السَّوْطِ فَاخْضَرَّ ذَلِكَ أَجْمَعُ فَجَاءَ الْأَنْصَارِيُّ فَحَدَّثَ بِذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ صَدَقْتَ ذَلِكَ مِنْ مَدَدِ السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَقَتَلُوا يَوْمَئِذٍ سَبْعِينَ وَأَسَرُوا سَبْعِينَ قَالَ أَبُو زُمَيْلٍ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ فَلَمَّا أَسَرُوا الْأُسَارَى قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ مَا تَرَوْنَ فِي هَؤُلَاءِ الْأُسَارَى فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ يَا نَبِيَّ اللَّهِ هُمْ بَنُو الْعَمِّ وَالْعَشِيرَةِ أَرَى أَنْ تَأْخُذَ مِنْهُمْ فِدْيَةً فَتَكُونُ لَنَا قُوَّةً عَلَى الْكُفَّارِ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُمْ لِلْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَرَى يَا ابْنَ الْخَطَّابِ قُلْتُ لَا وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَرَى الَّذِي رَأَى أَبُو بَكْرٍ وَلَكِنِّي أَرَى أَنْ تُمَكِّنَّا فَنَضْرِبَ أَعْنَاقَهُمْ فَتُمَكِّنَ عَلِيًّا مِنْ عَقِيلٍ فَيَضْرِبَ عُنُقَهُ وَتُمَكِّنِّي مِنْ فُلَانٍ نَسِيبًا لِعُمَرَ فَأَضْرِبَ عُنُقَهُ فَإِنَّ هَؤُلَاءِ أَئِمَّةُ الْكُفْرِ وَصَنَادِيدُهَا فَهَوِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قَالَ أَبُو بَكْرٍ وَلَمْ يَهْوَ مَا قُلْتُ فَلَمَّا كَانَ مِنْ الْغَدِ جِئْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ قَاعِدَيْنِ يَبْكِيَانِ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي مِنْ أَيِّ شَيْءٍ تَبْكِي أَنْتَ وَصَاحِبُكَ فَإِنْ وَجَدْتُ بُكَاءً بَكَيْتُ وَإِنْ لَمْ أَجِدْ بُكَاءً تَبَاكَيْتُ لِبُكَائِكُمَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْكِي لِلَّذِي عَرَضَ عَلَيَّ أَصْحَابُكَ مِنْ أَخْذِهِمْ الْفِدَاءَ لَقَدْ عُرِضَ عَلَيَّ عَذَابُهُمْ أَدْنَى مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ شَجَرَةٍ قَرِيبَةٍ مِنْ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَكُونَ لَهُ أَسْرَى حَتَّى يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ إِلَى قَوْلِهِ فَكُلُوا مِمَّا غَنِمْتُمْ حَلَالًا طَيِّبًا } فَأَحَلَّ اللَّهُ الْغَنِيمَةَ لَهُمْ

Telah menceritakan kepadaku Umar bin Khattab dia berkata, "Saat terjadi perang Badr, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat pasukan orang-orang Musyrik berjumlah seribu pasukan, sedangkan para sahabat beliau hanya berjumlah tiga ratus Sembilan belas orang. Kemudian Nabi Allah shallallahu 'alaihi wasallam menghadapkan wajahnya ke arah kiblat sambil menengadahkan tangannya, beliau berdoa: "Ya Allah, tepatilah janji-Mu kepadaku. Ya Allah, berilah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika pasukan Islam yang berjumlah sedikit ini musnah, nescaya tidak ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di muka bumi ini.” Demikianlah, beliau senantiasa berdoa kepada Rabbnya dengan mengangkat tangannya sambil menghadap ke kiblat, sehingga selendang beliau terlepas dari bahunya. Abu Bakar lalu mendatangi beliau seraya mengambil selendang dan menaruhnya di bahu beliau, dan dia selalu menyertai di belakang beliau." Abu Bakar kemudian berkata, "Ya Nabi Allah, cukuplah kiranya anda bermunajat kepada Allah, kerana Dia pasti akan menepati janji-Nya kepada anda." Lalu Allah menurunkan ayat: '((ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut) ' (Surah Al Anfaal: 9), Allah lalu membantunya dengan tentera Malaikat." Abu Zumail berkata, "Ibnu Abbas menceritakan kepadaku, dia katakan, "Pada hari itu, ketika seorang tentara Islam mengejar tentara Musyrikin yang berada di hadapannya, tiba-tiba terdengar olehnya bunyi suara cemeti di atas kepala seorang Musyrik itu, dan suara seorang penunggang kuda berkata, "Majulah terus wahai Haizum!. Tanpa diduga, seorang Musyrik yang berada di hadapannya telah mati terkapar dengan hidungnya bengkak, dan mukanya terbelah seperti bekas pukulan cambuk serta seluruh tubuhnya menghijau. Lalu tentera Muslim itu datang melaporkan peristiwa yang baru saja dialaminya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka beliau bersabda: "Kamu benar, itu ialah pertolongan Allah dari langit ketiga." Pada hari itu, tentara kaum Muslimin dapat membunuh tujuh puluh tentera kaum Musyrikin, dan berhasil menawan tujuh puluh orang tawanan." Abu Zumail melanjutkan, "Ibnu Abbas berkata, "Tatkala tawanan telah mereka tahan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepada Abu Bakar dan Umar: "Bagaimanakah pendapat kalian mengenai tawanan ini?" Abu Bakar menjawab, "Wahai Nabi Allah, mereka itu ialah anak-anak paman dan masih keluarga kita, aku berpendapat, sebaiknya kita pungut tebusan daripada mereka. Dengan begitu, kita akan menjadi kuat terhadap orang-orang kafir, semoga Allah menunjuki mereka supaya masuk Islam." Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Bagaimanakah pendapatmu wahai Ibnul Khattab?" Aku menjawab, "Tidak, demi Allah wahai Rasulullah, aku tidak setuju dengan pendapat Abu Bakar. Menurutku, berilah aku kesempatan untuk memenggal leher mereka, berilah kesempatan kepada Ali supaya memenggal leher 'Uqail, dan berilah kesempatan kepadaku supaya memenggal leher si pulan -maksudnya saudaranya sendiri, kerana mereka ialah para pemimpin kaum kafir dan pembesar-pembesar mereka." Akan tetapi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyetujui pendapat Abu Bakar dan tidak menyutujui pendapatku. Di keesokan harinya, aku menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, aku dapati beliau sedang duduk menangis berdua dengan Abu Bakar, lalu aku berkata, "Ceritakanlah kepadaku, apa sebabnya anda berdua menangis? Jika bisa menangis maka aku akan menangis, jika tidak bisa maka aku akan pura-pura menangis untuk kalian." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku menangis kerana tebusan yang dipungut sahabatmu terhadap para tawanan itu, lebih murah daripada harga kayu ini." -iaitu kayu yang berada dekat Nabi Allah shallallahu 'alaihi wasallam- Lalu Allah Azza wa jalla menurunkan ayat: "…Tidak pantas bagi seorang Nabi mempunyai seorang tawanan sebelum dia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi ini…-hingga firman Nya- maka makanlah olehmu sebahagian harta rampasan) ' (Al Nafaal: 67-69). Kerana itulah Allah menghalalkan harta rampasan buat mereka.” (Hadis Sahih Muslim)

Agama Syiah sentiasa melakukan kontroversi dengan memburukkan Agama Islam. Gambar Malaikat yang dilakar ilustrasi agama Syiah mengenai perang badar. Sikap agama Syiah ini menyerupai hindu yang gemar melukiskan gambar. Tempat berdiri di dalam gambar tersebut pula ialah lakaran gambaran Rasulullah. Itulah sebabnya kenapa di akhirat kelak, orang yang melukis gambar hidup akan ditanya oleh Allah dan disuruhNya para pelukis untuk menghidupkan gambar yang mereka lukiskan itu. "Sesungguhnya yang melukis gambar akan diseksa kelak pada hari kiamat, dan kepada mereka akan dikatakan, 'Hidupkanlah apa yang telah kalian ciptakan.'" (Hadis Sahih Bukhari No: 4783)

Anggota Tentera Perang Badar

Utbah Bin Rabi’ah, Syaibah Bin Rabi’ah dan Walid Bin Utbah adalah dari kaum Anshar dicalonkan bertanding beradu tenaga sebelum perang bermula. Tetapi puak Musyrikin Quraisy meminta agar ditukar daripada kalangan bangsanya sendiri dan akhirnya Hamzah Bin Abdul Muthalib, Ali Bin Abi Thalib dan ‘Ubadah Bin Al-Harits dicalonkan. Dalam peraduan ini, Ubaidah Bin Al-Harits syahid.

Panji pimpinan berwarna putih dibawa oleh Mus’ab bin Umair al-Qurasyi al-Abdari (mati syahid), Tentera dibahagikan kepada dua katibah (pasukan):
a. Katibah orang Muhajirin benderanya diberi kepada Ali bin Abi Talib.
b. Katibah al-Ansar, benderanya diberikan kepada Sa’d bin Muaz.

Sayap kanan diletakkan di bawah pimpinan al-Zubair bin al-Awwam, sayap kiri pula di bawah pimpinan al-Miqdad bin Umar, kedua-dua mereka ini adalah tentera berkuda di dalam tentera Islam ini. Pemimpin barisan belakang ialah Quis bin Abi Sa’saah, pimpinan tertinggi masih disandang oleh Baginda sebagai terus agung pimpinan tentera Islam.

Inilah antara nama mereka yang menghadiri peperangan badar.

a. Hamzah, Abu Bakar ash-Shiddiq, Umar bin Khattab, dan Ali bin Abi Thalib manakala Utsman bin Affan juga tidak ikut kerana isterinya sakit.
b. Bilal bin Rabah, Abu Usaid dan Sa'ad. Hamzah bin Abdul al-Muttalib pula membunuh al-Aswad bin Abd aI-Asad al-Makhzumi
c. Khunais bin Hudzafah As Sahmi termasuk di antara sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang ikut serta dalam perang Badr dan meninggal di Madinah
d. Zaid bin Hasan, seorang yang pernah ikut serta dalam perang Badr
e. 'Itban bin Malik -dia termasuk dari salah seorang sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dari Anshar, dan pernah ikut serta dalam perang Badr
f. Abdullah bin 'Amir bin Rabi'ah -dia adalah seorang tokoh Bani 'Adi, sementara ayahnya adalah seorang sahabat yang pernah ikut serta dalam perang Badr bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
g. Qudamah bin Math'un, pegawai di Bahrain, dia adalah seorang sahabat yang pernah ikut serta dalam perang Badr
h. Abdullah bin Umar bahawa 'Umayyah -keduanya adalah sahabat yang pernah ikut serta dalam perang Bad
i. Rifa'ah Al Anshari, dia adalah seorang (sahabat) yang pernah ikut serta dalam perang Badr."
j. 'Amru bin 'Auf -sekutu Bani 'Amru bin Lu`ai dan pernah turut perang Badr bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
k. Al Miqdad bin 'Amru Al Kindi -sekutu Bani Zuhrah dan seorang (sahabat) yang pernah ikut serta perang Badr bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
l. Hatib bin Abu Balta'ah telah ikut perang Badr dan Hudaibiyyah.
m. Uwaim bin Sa'idah dan Ma'n bin Adi dua orang shalih yang pernah ikut serta perang Badr.
n. Aus saudara 'Ubadah bin Ash Shamit merupakan diantara orang yang ikut perang Badr.
m. Bani 'Amir bin Luai, dan ia termasuk di antara orang-orang yang menghadiri perang Badr.
o. Ummu Misthah, Atikah binti Abdul Mutalib, Zainab binti Muhammad, Ruqayyah binti Muhammad, Ar-Rabo' binti An-Nadhar, di antara wanita mukminah yang menghadiri perang Badr
p. 'Amru bin 'Auf -sekutu Bani 'Amru bin Lu`ai dan pernah turut perang Badr bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
q. 'Auf dan 'Mu'awwidz kedua anak 'Afra` keduanya telah membunuh Abu Jahl bin Hisyam, dan keduanya telah terbunuh pada perang Badar.

Dan lain-lain lagi


Strategi Peperangan Yang Diamalkan Pada Zaman Sekarang

a. Sariyah ialah sebuah kumpulan ketenteraan yang terdiri daripada 10-20 orang sahabat. Tujuannya ialah meronda jalan-jalan sekitar Mekah-Madinah. Dalam istilah zaman sekarang, sariyah merujuk kepada kumpulan peronda (patrol) yang terdiri dari satu hingga tiga seksyen. Satu seksyen bersamaan 10 orang dan tiga seksyen dikenali sebagai platun.

b. Perisikan. Rasulullah menjalankan operasi perisikan bersama Saidina Abu BakarAs-Siddiq di Kota Mekah untuk mengetahui perancangan tentera Qurasiy pada ketika itu. Dua anggota Perisikan Musyrikin ditangkap oleh perisik mukminin iaitu, Ali bin Abi Talib, al-Zubair bin al-Awwam dan Sa’d bin Abi Waqqas. Dalam istilah zaman sekarang, perisik ialah anggota risik (spy/intelligence).

c. Membina tempat duduk pemimpin. Sa’ad b Mu’adh mencadangkan kepada Rasulullah supaya tentera Islam membina sebuah tempat tetap bagi Baginda mengeluarkan arahan demi menghadapi suasana yang tidak dijangka. Dalam istilah zaman sekarang, ia dikenali sebagai head quarters (HQ) yang terdiri dari anggota semboyan (yang membawa radio dan alat perhubungan)

d. Kerjasama dan Patuh pada pemimpin. Sentiasa patuh dengan arahan Rasulullah sebagai ketua dan sentiasa bersatu dalam membuat keputusan walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang.

e. Pemanah. Pemanah jarak jauh bersamaan dengan pembidik (sniper) dan pemanah jarak dekat bersamaan dengan anggota tembakan senjata bantuan (GPMG).

f. Skuad berkuda (cavalry) bersamaan dengan trup kondo/armor.

g. Bertahan. Tidak melakukan serangan, masih diamalkan oleh tentera seluruh dunia kecuali (pada zaman sekarang) hanya Amerika dan Israel. Buat pengetahuan, semua perang yang disertai oleh Rasulullah hanya bersifat bertahan semata-mata kecuali hanya satu peperangan sahaja iaitu Perang Khandaq. Strategi bertahan ini sekali gus menafikan Islam tertegak dengan pedang.

Strategi Perang Yang Tidak Diamalkan Zaman Sekarang

a. Panglima perang di barisan hadapan termasuklah Rasulullah sendiri. Pada zaman sekarang, panglima dan ketua perang tidak lagi berada di barisan hadapan, sebaliknya anggota bawahan yang menjadi perwira sebenar. Ini kerana, amalan praktik barat telah dibawa masuk ke dalam sistem peperangan dengan matlamat, menyelamatkan panglima atau ketua perang dari terbunuh. Ini disebabkan, panglima perang musyrikin kerap mati jika berada di barisan hadapan.

b. Harta rampasan perang diagihkan, tetapi pada zaman sekarang, ia ditinggalkan atau sekiranya berharga, ia milik kerajaan.

c. Tentera Islam menanam mayat tentera Muslimin dan Musyrikin. Amalan tentera zaman sekarang hanya membiarkan mayat tentera bergelimpangan.

Pesanan Rasulullah Sampingan Semasa Perang Badar.

a. Elakkan gambar bernyawa dalam rumah
لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ يُرِيدُ التَّمَاثِيلَ الَّتِي فِيهَا الْأَرْوَاحُ
Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar." Maksudnya ialah gambar yang bernyawa (Hadis Riwayat Bukhari)

b. Amaran berlakunya fitnah selepas kematian rasulullah.
وَقَالَ اللَّيْثُ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ وَقَعَتْ الْفِتْنَةُ الْأُولَى يَعْنِي مَقْتَلَ عُثْمَانَ فَلَمْ تُبْقِ مِنْ أَصْحَابِ بَدْرٍ أَحَدًا ثُمَّ وَقَعَتْ الْفِتْنَةُ الثَّانِيَةُ يَعْنِي الْحَرَّةَ فَلَمْ تُبْقِ مِنْ أَصْحَابِ الْحُدَيْبِيَةِ أَحَدًا ثُمَّ وَقَعَتْ الثَّالِثَةُ فَلَمْ تَرْتَفِعْ وَلِلنَّاسِ طَبَاخٌ
Dan Al Laits menyebutkan dari Yahya bin Sa'id dari Sa'id bin Al Musayyab, "Fitnah pertama kali muncul, iaitu terbunuhnya Utsman, maka tidak ada seorang pun dari ahli badr yang tersisa. Kemudian muncul fitnah kedua, iaitu peristiwa harrah (zaman Yazid bin Mu'awiyah), tidak ada seorang pun dari sahabat ahli Hudaibiyyah yang tersisa. Kemudian terjadi fitnah ketiga, dan fitnah itu tidak berkesudahan sehingga manusia (para sahabat) tidak lagi memiliki kekuatan." (Hadis Riwayat Bukhari)

Beberapa Peristiwa Yang Tercatat

1. Asalkan aku tidak dibunuh anak petani
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda pada waktu perang Badr: "Siapakah yang sanggup mengabarkan kepadaku keadaan Abu Jahal?" Maka Ibnu Mas'ud berangkat, dan didapatinya Abu Jahal telah dipukul rubuh oleh dua anak Afra' hingga tidak berdaya. Lalu dia berkata, "Apakah kau Abu Jahl?", Ibnu 'Ulayyah berkata, Sulaiman menyebutkan, "Seperti inilah yang dikatakan oleh Anas - Dia berkata, "Kamukah Abu Jahl?" Abu Jahal menjawab, "Apakah ada orang yang lebih mulia dari orang yang kalian bunuh?" Sulaiman menyebutkan, "Atau Abu Jahal mengatakan, "Yang dibunuh oleh kaumnya sendiri?" Abu Mijlas menyebutkan, "Abu Jahal mengatakan, "Asal aku tidak di bunuh oleh anak seorang petani."

2. Lakukan sesuka hati kalian
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Sesungguhnya ia telah mengikuti perang Badr, tahukah kamu kemungkinan Allah telah melihat kepada Ahli Badr dan berkata: "Lakukan sesuka kalian, sungguh Aku telah mengampuni dosa kalian?." Ali berkata; kemudian turunlah surat ini mengenai Hathib bin Abu Balta'ah: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia." (Almumtahanah: 1) (Hadis Riwayat Tirmizi)

3. Neraka Jahanam bagi mereka yang lari daripada perang fisabilillah
Dari Abu Sa'id, ia berkata; telah turun mengenai waktu perang Badr ayat: "dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri Dengan pasukan Yang lain - maka Sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah Al-Anfal: 16)" (Hadis Riwayat Abu Daud)

4. Jangan habiskan anak panah semasa berperang
Abu Usaid berkata; pada waktu perang Badr, di saat kami berbaris, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila (musuh) kalian telah mendekat kepada kalian, maka panahlah mereka dan sisakan anak panah kalian."

5. Korban Jiwa Peperangan Badar
Pada Perang Badar, 14 orang dari kalangan umat Islam gugur sebagai syuhada; 6 orang dari kalangan Muhajirin dan 8 orang dari kalangan Anshar. Sementara dari pihak orang musyrikin tewas sebanyak 70 orang dan 70 orang lagi berhasil ditawan. Kebanyakan dari mereka adalah pemuka dan pembesar Quraisy.

Wallahu a’lam

sumber: perang badar

No comments: