iLovePalestine.com

20 December 2011

izinkan aku..

salam,
Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

21 November 2011

menangis kerana takut kepada Allah

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:

"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:

"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah)" kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:

"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:

"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:

"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:

"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:

"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

- iluvislam.com

13 November 2011

* wanita cantik *

salam,
wanita cantik mengikut Allah..

melukis kekuatan melalui masalahnya,

tersenyum di saat tertekan,

tertawa di saat hati sedang menangis,

tabah di saat terhina,

mempesona kerana memaafkan,

mengasihi tanpa meminta balas,

dan bertambah kuat dalam doa & pengharapan illahi.

11 November 2011

peliharalah maruah mu..

salam,
“Perempuan tidak perlu mendekati lelaki untuk mengetahui siapakah yang Allah takdirkan untuk dia.Yang Allah takdirkan untuk kita …akan tetap datang walaupun kita mengelaknya. Peliharalah maruah agar dengannya kita boleh menuntut janji,bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..

09 November 2011

jaga hatimu :)

Salam,
Tuhan,
leraikanlah dunia yang mendiam dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta!
hanya cintaMu ku harap tumbuh..

‎''Jatuh cinta perkara biasa, apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang itu, apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni,

tetapi kita kena ingat, kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai, kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang ALLAH dah tetapkan sejak azali, dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita."

01 November 2011

Allahumma..

Salam,

orang yang selalu berdoa akan tenang :)

Salam,

"Maka berdoalah. Susunlah doa kita. Fahami apa yang kita doakan. Yakini bahawa Allah akan memakbulkannya. Dan jangan sesekali lupa untuk berusaha dengan sesungguh-sungguhnya.


Orang yang selalu berdoa akan tenang. Kerana dia akan melihat, satu persatu doanya dijawab oleh Allah SWT.

Langit Ilahi (Kadang-kadang Kita Terlupa Berdoa)

30 October 2011

yakin dan percaya ;)

Salam,
Allah tak beri ape yang kita HARAPKAN
tapi DIA bagi apa yang kita PERLUKAN..

kadang-kadang kita sedih, kecewa, dan terluka,
tapi jauh di atas segalanya DIA sedang MENGATURKAN
yang TERBAIK dalam kehidupan kita.

* * *

duhai hati,
bersangka baiklah terhadap Allah.
yakin dan percaya setiap langkah dituntuni oleh-Nya!

pasti segalanya indah pada akhirnya!

04 September 2011

taqwa :)

Salam,
Kedahsyatan kekuatan Iman pada para aktivis pejuang Islam:

"Bekal mereka adalah Iman. Perbendaharaan mereka juga Iman. Sedangkan, sandaran mereka adalah Allah. Semua bekal, selain bekal Iman, pasti habis. Semua perbendaharaan, selain perbendaharaan Iman, juga habis. Sementara itu, setiap sandaran, selain sandaran Allah, adalah rapuh dan akan roboh."

01 September 2011

eid fitri 2011

salam,

kullu am wa antum bikhair ^.~

07 July 2011

redha terhadapNya :)

Assalamualaikum wbt,
orang yang cinta bererti redha dengan yang dicintainya, kerana itu bila seseorang cinta kepada Allah SWT, maka ia pun redha kepada segala ketentuan-ketentuanNya sehingga bila ia diatur dengan ketentuan Allah, maka ia tidak akan mencari aturan lain selain aturan-Nya.

05 July 2011

melangkah dan terus melangkah

Assalamualaikum wbt,

jangan pernah berhenti.

bersabarlah duhai hati.

aku punya matlamat.
chaiyok!

04 July 2011

20 May 2011

lipstick anti umpat

Assalamualaikum wbt,

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya" . Maka Allah menjawab: "Semua kebaikan itu (pahala) datangnya dari orang melakukan umpatan kepada engkau tanpa engkau ketahui".

Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Basahkanlah Bibir dan Lidahmu dengan Zikir sehingga tiada ruang untuk mengumpat.

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela
(Surah Al-Humazah 104 : Ayat 1)

18 May 2011

baitul maqdis...

Assalamualaikum wbt,


Baitul Maqdis - di mana tempat berlaku isra' dan mikraj, masjid kedua dibina selepas Masjidil Haram di Mekah, merupakan kiblat pertama bg umat Islam - dan hari ini menjadi kubur jutaan saudara2 Islam di Palestin. Ya Allah satukanlah umat Islam dan selamatkanlah saudara-saudara kami di bumi Palestine, dibumi kelahiran para anbiya. Amin.

Syahira

17 May 2011

untuk sahabat-sahabat ku

Assalamualaikum wbt,

aku selalu ingin sahabatku itu tahu, yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaan ku, tidak lain adalah kerana Allah.

aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya agar tetap kakiku di jalan ini.

aku ingin sahabatku selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang mungkin melukai dan membuatkan dirinya tidak senang

jadi wahai sahabat yang dirimu sentiasa di hati, maafkan tiap khilafku. mungkin tidak mampu untuk hilangkan parut luka hatimu. tapi aku sentiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia disisi, dalam payah dan senangmu

kerana kita bertaut demi cinta yang Maha Satu.

saya sudah bertunang

(diambil drpd sahabat...renungkanlah)

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.
Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.

Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "
Itu saja pesanku.

Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.

Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... .........


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."


ya Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah,
telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan
'dia' yang mendekatkan dengan Engkau.
Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa,
yang menyedarkan aku tentang dunia sementara,
yang menyedarkan aku tentang alam akhirat.
Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai,
aku hamba Mu yang tak punya apa-apa
selain Engkau sebagai sandaran harapan.
Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."





* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

15 May 2011

Sumayyah srikandi pertama syahid

Assalamualaikum,

Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.


Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.


Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.


Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.


Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.


Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.


Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaksa Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.


Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.


Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.


Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasuk jiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2).

(sunber:Halaqah.net)


08 May 2011

hari ibu~

Hukum merayakan HARI IBU
(Oleh: Syaikh Muhammad Bin Shalih Al Utsaimin)

Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Rahimahullah ditanya tentang hukum perayaan Hari Ibu.

Beliau menjawab:

Sesungguhnya setiap perayaan yang menyelisihi perayaan-perayaan yang disyari’atkan adalah perayaan bid’ah yang tidak dikenal pada masa Salafush Shalih dan terkadang berasal dari kalangan non Islam, sehingga disamping bid’ah terdapat penyerupaan dengan gaya hidup musuh-musuh Allah Subhanahu Wata’ala. Perayaan-perayaan yang disyari’atkan dan dikenal dalam Islam adalah Idul Fitri, Idul Adha, Idul Usbu’ (hari Jum’at) dan tidak dikenal dalam Islam selain ketiga perayaan tersebut.

Setiap pesta perayaan selain ketiga perayaan tersebut (Idul Fitri, Idul Adha, Idul Usbu’) maka sia-sia dan batal demi syari’at Allah,


berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. (yang artinya),
“Barangsiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami, sesuatu yang bukan berasal darinya maka tertolak.”.


Yakni sia-sia dan tidak diterima disisi Allah Subhanahu Wata’ala, dan dalam lafadz yang lain, “Barangsiapa beramal tanpa ada tuntunan dari kami maka tertolak.”


Apabila telah jelas perkaranya maka tidak boleh mengadakan perayaan Hari Ibu seperti dalam pertanyaan di atas, tidak boleh pula menampakkan keceriaan dan kebahagiaan di hari tersebut layaknya perayaan sebuah hari raya seperti pemberian hadiah dan semisalnya. Wajib atas setiap muslim untuk merasa mulia dan bangga dengan agamanya dan mencukupkan diri di atas ketetapan Allah dan Rasul-Nya di dalam agama yang lurus yang telah diredhai Allah s.w.t. untuk hamba-hamba-Nya, maka tidak boleh seorang Muslim menambah atau menguranginya.


Dan sebaiknya setiap Muslim tidak menjadi pengekor kepada setiap propaganda namun semestinya dia menempa keperibadiannya dengan kandungan syari’at Allah s.w.t sehingga menjadi contoh dan teladan bukan sebagai pengekor, karena syari’at Allah -wal hamdulillah- sempurna dari berbagai sisinya


sebagaimana firman Allah s.w.t. (yang artinya),“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah Ku cukupkan kepada kalian nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam sebagai agama kalian.”(Al-Maidah:3)


Seorang IBU tidak cukup diperlakukan dengan baik, penuh hormat dalam setahun sekali saja, akan tetapi justru anak-anaknya yang berkewajiban untuk menjaga, memberikan perhatian dan taat kepadanya pada selain maksiat kepada Allah di setiap waktu dan tempat.


Firman Allah S.W.T. , yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya."
(Surah al Ankabut, ayat 8)



P/S: oleh itu...jgnlah kite terlalu taksub dgn mengagung2kan perayaan2 barat yang tidak pernah terdapat dlm sejarah Islam... bg kita yang MUSLIM...hari ibu adalah setiap hari dalam hidup kita, begitu juga hari bapa dan hari anak....perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam kita wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada
setiap masa. Firman Allah seperti di atas telah membuktikannya. Kalau kita sebagai anak mereka tidak menyayangi dan menghormati ibu dan bapa kita, siapa lagi?

Hal ini diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya,

"Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya."

Walau di mana atau siapa pun kita ingatan kepada ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih bersama kita atau sudah tiada. Jangan bila kita susah, kita ingat dan memerlukan pertolongan dari mereka. Tapi bila mereka susah, kita seperti sudah terlupa akan semua jasa mereka pada kita sebelum ini. Fikirkanlah, kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan dan ibu bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Jadi layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa.
Sentiasalah kita mendoakan ibu kita lebih-lebih lagi jika ibu kita sudah meninggal dunia.

Bersamalah kita berusaha untuk jadi anak yang soleh & solehah kerna hanya dengan cara ini doa kita mampu sampai kepada mereka bila mereka tiada lagi kelak. Bersama kita muhasabah diri kita.,



*Sekadar pengetahuan kita bersama, Hari Ibu ini diasaskan oleh Anna Marie Jarvis, 2 tahun setelah kematian ibunya. Diperjuangkan bersama kakaknya. Anna dan kakanya mati akibat kemiskinan. Anna juga tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Tarikh-tarikh Hari Ibu yang dirayakan di seluruh dunia hampir menyamai tarikh kematian ibunya, Ann Maria Reeves Jarvis. Jadi, bilamana anda menyambut Hari Ibu, ingatlah bahawa anda seakan-akan meyambut perayaan untuk memperingati kematian ibunya.
Ingat tu.,

"Betulkan yang BIASA & biasakan dengan yang BETUL"
(^-^)

GAMES YANG MENGHINA ISLAM

Assalamualaikum wbt,

Tolong baca sampai habis! tanpa kita sedar, kita juga terjebak!

1) Devil May Cry 3

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.


Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut...

Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.

Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki


Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.


Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia


Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabaticyang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

6) Stronghold Crusader


Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:



Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:



Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

UPDATED @ 5/3/2011
8) Resident Evil 4


Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.

Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut

Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

Zoom pada pintu tersebut.

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.

Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.