iLovePalestine.com

27 February 2011

let me be myself

Assalamualaikum wbt. firstly, HA HA HA :) let me laugh to myself. kenapa? entah. rasa nak terkekekekeh sorang-sorang. just let me be hehe.

hari ini tak seperti hari semalam!
hari ini lebih bermakna
hari ini lebih terang dan
hari ini juga lebih tenang.
*wink*

tadi saya tolong siapkan coklat untuk kek besday girl Lia besok. okey, ini juga sangat sangat kelakar. kenapa saya sangat baik sejak kebelakangan ini :p hahahaa kuya-kuya sekali sekala. suka hati, suka hati.

lately, banyak benda yang unexpected berlaku! Alhamdulillah. contohnyee;
1. result! (tipu. hehe! yang ni saya dah lama EXPECTEDTED, haa amik kau)
2. umi saya tiba-tiba belikan makanan hamster, jadi saya tak perlu beli lagi. hehe
3. mubarak letak jawatan :0
4. dapat duit saku! wooshh.
5. em, kakcik bagi bocong air baru?
6. dapat banyak bunga rampaii :p
7. berat naikkkk!
8. i just figured out macamane nak publikkan blog yang private~ sob3 dun laugh :'(
9. ...
10. masak :D (bajet pandai sangat)
11. ustaz Azhar Idrus datang KB
12. i smile lots! (maybe)
13. haa?? it's too much that i can't list them out! nyahaha :D

but siyesly bukan semua unexpected itu baik-baik. dan sememangnya yang kureng baik tu ada hikmah Allah nak bagi. aja-aja fighting!!

"ya Allah, ku mohon
jangan Kau ambil kembali hidayah
yang telah Engkau kurniakan."

waktu-waktu mustajab untuk Berdoa

waktu-waktu mustajab untuk Berdoa

1. Ketika hujan.
2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat. *malangnye ketika ini kita tengah sibuk berebut nak masuk tandas=.= jom berubah yukk!

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6. Ketika sujud dalam solat.
7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9. Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

"Ya Allah,
kurniakan kepada kami
iman yang berkekalan,
rezki yang berterusan dan
kemuliaan memasuki syurga
dengan Rasulullah SAW"

7golongan yg mendapat perlindungan di hari kiamat

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan di hari kiamat. Hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya:

1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang masa hidupnya digunakan untuk mengabdi kepada Allah
3. Orang yang hatinya sentiasa terpaut di masjid
4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya
5. Laki-laki yang diajak berbuat ma’siat oleh wanita bangsawan lagi cantik, tapi dia menolak dengan berkata : “Saya takut kepada Allah”
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya
7. Orang yang selalu berzikir di waktu sendirian hingga mengalir air mata

(Hadith Sahih Bukhari)

"Berusaha mencari cahaya lebih baik daripada
terus menyumpah kegelapan."

25 February 2011

laziness, go away.

Assalamualaikum wbt. sedar tak sedar sekarang saya sudah tidak bercerita panjang dan lebar. adekah ini tanda-tanda peralihan umur?haha. hamster tale~ dramatic story, and also the bebel one. i really wish to talk about them but heyy how come i have been soo lazy?

jumpa lagu ini. ya Allah, sob3 terharu. tadok kerjeee hehe. chill :)


"Pay attention to Allah and
He will pay attention to you."

19 February 2011

mirror, mirror is hanging on the wall

Assalamualaikum wbt. berdiri tegak dan buka mata punya luas!~ hari ni pagi-pagi lagi, i saw her! tepat-tepat depan saya, orang kate kitorang kembar. sebijik macam saya. ade orang kate, kembar kita semuanya ade 7; tolak saya, it would be 6? err, betul ke? tiap hari dapat jumpa.. kali ni jumpa, dengan doa sekali kita bagi. hehe :)

اللهمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِيْ فَأَحْسِنْ خُلُقِيْ
Ya Allah, sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka cantikkan (perbaiki) pula akhlakku.[Riwayat Ahmad, disahihkan oleh Al-Albani dalam Irwaghul Ghalil]

menurut Ibn Taimiyyah, hadith ini tidak terbatas kepada melihat cermin sahaja, sebaliknya ia adalah doa umum memohon akhlak yang baik dan terpuji. (Nota: Rujukan – 101 Doa daripada Hadis-Hadis Sahih oleh Us Zahazan Mohamed)

Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah daripada menciptakan sesuatu dengan sia-sia.

sumber: forum

12 February 2011

5 sebab gelisah

1. Kurang bersyukur

Seperti janji Allah Azza Wa Jalla dalam firman-Nya:
وإذ تأذن ربكم لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7).

Dalam Qs: Hud 11:6,
"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Luhmahfuz)."

peribadi yang memiliki sifat syukur dalam diri akan sentiasa berada dalam keadaan tenang walau bejuta-juta ujian yang mendatang. penyesalan, penderitaan, dan rasa putus asa dalam ujian langsung tidak mempengaruhi dirinya. Karena keindahan pribadinya itu, Allah merelakan diri-Nya bersama golongan orang-orang seperti ini.

Firman Allah Azza Wa Jalla,
نعمة من عندنا كذلك نجزي من شكر
"Sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur (QS. Al-Qamar [54]:35).

2. Banyak meminta

Bila kurang bersyukur, muncul pula perasaan tidak puas, tidak dapat menerima apa yang telah diperoleh. lalu disusuli dengan keinginan selanjutnya.. meminta dan terus meminta. mencintai dunia berlebihan sehingga tidak cukup dengan apa yang telah diberikan Allah Azza Wa Jalla kepadanya,

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam mengkhawatirkan umatnya yang mencintai dunia secara berlebihan: ''Yang paling aku takutkan dari umat sepeninggalanku adalah jika kesenangan dunia dan hiasannya dibuka untuk kalian.'' (Muttafaq 'Alaih)

3. Berbuat zalim

Sering menyusahkan dan menyeksakan orang lain. Semakin orang sengsara semakin senang hatinya, dan berterusan mencari sesuatu untuk menzalimi orang lain. Jika tidak, hatinya tidak akan puas dan diselaputi rasa gelisah. Tidak lapang, bening tanpa bebas.

Jika dia mempunyai pekerja, dia selalu menyuruh agar bekerja semaksima mungkin yang dapat memuaskan hatinya. Dia senang melihat anak buahnya merengek dalam kesusahan. Semakin merengek semakin senang hatinya. malah dengan siapapun, dia sentiasa senang melihat orang lain kesusahan. Dan gelisah bila melihat orang senang, atau melebihinya.

4. Banyak dosa

Setiap kesalahan yang dilakukan seseorang, maka kesalahan itu akan membekas dalam hatinya sebagai perasaan bersalah. Semakin banyak melakukan kesalahan, semakin banyak pula kesan yang tersimpan dalam hatinya sebagai sebuah kesalahan. Dan semakin banyak kesalahan yang dilakukan, semakin gelisah pula hatinya, begitu seterusnya. Sehingga hati itu menjadi luka, sakit, penuh dengan kegelisahan.

Ibnu Qayyim berkata, ''Jika kamu menemukan keterasingan karena perbuatan dosa, maka segera tinggalkan dan jauhi dosa dan maksiat. Hati tidak akan tenang dengan perbuatan dosa.''

5. Lemah iman

Seseorang yang lemah imannya, akan sangat mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Dia akan banyak mengeluh dan menyalahkan sekelilingnya kerana tidak menepati keinginannya. Orang yang lemah iman akan mudah mengeluh dan tidak yakin dengan kemahakuasaan Allah. Padahal, hidup dan mati, rezeki dan jodoh manusia, semuanya sudah diatur dan ditakdirkan oleh Allah Azza Wa Jalla.

Tidak ada satu daun pun yang gugur tanpa pengetahuan Allah, bagi-Nya begitu mudah untuk mengubah terbit matahari dan bulan, menggoncang bumi dengan segala isinya, apalagi sekadar kematian, rezeki dan jodoh manusia. Itu lah Allah, yang tidak ada sesuatu apa pun yang menyerupai-Nya

Orang yang beriman itu sentiasa mengarahkan kehidupannya sehari-hari kepada Allah.

seperti firman Allah Azza Wa Jalla
الذين آمنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله ألا بذكر الله تطمئن القلوب
''Yang beriman dan tenteram hatinya lantaran ingat kepada Allah, ketahuilah dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram (QS 13:28).

sumber: ukht

11 February 2011

sangat tak mecet

Assalamuaikum wbt. saya dah berkurun tak bukak photobucket, bila dah bukak, saya nampak sesuatu:). tee hee, its a part of my memories. masa form4(2008), which means 3years ago! saya sangat-sangat kemaruk main game online, ajak syi join sekali. syi, lia, inu dan lain-lain. owh~ >.<

dulu main game ni macam hapee. ya Allah, tuhan saje yang tahu huhu. sampai nangis-nangis, saya banyak kali kena tipu and duit(bukan duit sebenar) dalam game tu almost ALWAYS GONE! :( sungguh, saya benci penipu! haii penipu-penipu(juga bukan nama sebenar) sekalian!! pulangkan wang yang telah kamu curiii!!

ohh, kenapa saya perlu emosi sangat~ tadi katee kenangan haha. memang menyampah main game ni. mat aih, tapi siyes katun dia amat lawa :D game ni tadek pekdahnya.. yaaa, syi... dulu kita SANGAT TAK MECET! hari ini begitu jua.

10 February 2011

syafakillah~

Syafakillah syifaanajilan, syifan la yughadiru ba'dahu saqaman

maksudnya: semoga Allah menyembuhkan kamu secepatnya dengan kesembuhan yang tiada sakit setelahnya.

Amin.

08 February 2011

doa elak lupa (tafsiran Surah al-Mukminun)

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا ، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا ، وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا ،
وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا

Maksudnya : “Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan , Muliakankah kami , jangan dihina , berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”

Dalam tafsir Ibn Kathir , diriwayatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab ra bahawa Nabi saw pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas.

07 February 2011

kesian itu ade baiknya

Assalamualaikum wbt~

bila kita serba kekurangan dari segenap segi, rasa rendah diri meluap-luap. tambah-tambah bila ade sorang buat baik semata-mata sebab kesiankan kita =.=. ayat "kesiannya awak!" senang-senang kita dapat, rasa hina sangat. haha sensitif betul! ego kah saya?

there is nothing wrong with 'pity'. pitying is taking other's sadness and pain, and treating it as your own.

p/s: be positive! okey? ^^

tak bersyukur kah aku?

Assalamualaikum wbt~

secara jujurnya, saye paling tak suka membuat pilihan. kalo baju raya pun umi or sape-sape mesti bagi pendapat masing-masing, baru laa yakin nak beli kain. tapi yang ni lain, isi upu and then pilih-pilih univ. i knoww somebody boleh bagi pendapat dan boleh buat saya yakin, tapiiii bukan diorang yang masuk univ. plus, laen lah kalo dapat straight mumtaz, mcm best je isi yang kita suka.. nak berangan pun agak-agak lah sikit kan? nywayy, lets learn to be a thankful servant ^_^

sebagaimana Allah SWT berfirman:

"Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih." (Surah Huud: Ayat9)

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim: Ayat7)

ya Allah, tabahkan lah hati ini.
jadikanlah hati ini antara hati-hati yang cekal
dan kuat, yang sentiasa bersyukur.
hati yang ikhlas kerana-Mu,
semata redha-Mu, ya Allah.
aminn ya Rabb.

"Maka nikmat Tuhan yang mana lagi yang hendak kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman: Ayat3)

p/s: dont worry, try harder ;)