iLovePalestine.com

26 December 2010

empat bijik buku

Assalamualaikum. ^_^ tee hee. aku malas nak taip tapi demi Sabrena haha. terharu dop??urmm entry ni aku nak jelaskan novel aku bace sebelum ni. Sabrena, ni diaa :D

Hafalan Solat Delisa
"buku yang indah ditulis dalam kesedaran ibadah. buku yang mengajak kita mencintai kehidupan, juga kematian, mencintai anugerah juga musibah, dan mencintai indahnya hidayah" - Habiburrahman El Shirazy. cerita tentang family Delisa sebelum dan selepas tsunami. sangat² best! aku nangis kuat gila kot kat ruang tamu huahua. sampai moktok aku perasaan, nasib baik dia tak tanya apsal hihi.

Syabab Musafir Kasih
buku ni aku bace, lepas sabrena ngepen hihi. aku suka sangat penulis Fatimah Syarha dan buku² dia yang sebelum ni pun sangat² menarik. aku bace buku ni rase nak pegi ngaji jauh² jugak haha. buku ni crita pasal Syabab yang bercita² nak mentarbiyah penduduk kampung dia. so dia pun pegi tuntut ilmu kat Syria, so far its great! now im looking forward for buku dia yang lain bertajuk Aku Bebas. tell me where i could find it!!

Denyut Kasih Medik
at first, kaksyu yang promote buku ni ^^ buku ni crita pasal doktor HO yang amat rajin bernama.. alamak aku lupa doh nama dia haha. hidup dia sangat² rumit namun dia sentiasa berpikiran positif dan sentiasa berdakwah kepada pesakit². aku suke sangat bace buku ni *walaupun aku bukan amik medik =.= tapi kalu aku amik medik, aku nak jadi macam dia haha.

Isabella
novel ni kisah benar seorang pompuan nama Isabella. budak pompuan ni anak ketua paderi dan yang sangat sangat kuat dalam agama Kristian. Isabella mencari² kebenaran. last sekali memeluk Islam Alhamdulillah. novel yang bagus untuk memantapkan jiwa Islam! novel yang maneee bila aku bace rasa nak jerit² nak cakap, SubhanAllah Im proud to be a muslimah ^_^ thank you Allah!

ahh actually im in a fire mood =.= and will eat nothing but you. yes, you. tapi masih nak post entryy jugak. by the way, to the certain people : menjaga maruah diri sendiri memang senang, tetapi menjatuhkan maruah orang lain laaaagi senang! pikir²kanlah. ^_^ *fierce smile! hehe! sekian!

18 December 2010

novel oh novel

Assalamualaikum:) Alhamdulillah today is a fine tuesday! hujan yang makin kerap pun tidak menjadi masalah besar kerana Dia lah yang maha menentukan setiap sesuatu dan sesuatu yang berlaku itu sentiasa ada hikmah-Nya. berbaik sangka lah pada-Nya. ^_^

hari ini berjalan seperti hari hari yang biasa.. bila aku tengok sahabat dunia dan akhirat aku, eyna yang suke bace novel tu hehe aku macam terkena tempias sikit². malam ni akan masuk novel ke-4 aku bace sepanjang dua minggu ni, sedikit sebanyak mendidik ku. betul ustazah aku kate, kalo berdakwah tu tak semestinya dengan lisan kan, kan? terima kasih, kakngoh! belikan novel:) 3buku novel yang ni, aku beli sendiri. first time beli novel gune duit sendiri, eh eh silap..duit yang umi bagi. terima kasih umi :) aku bawu sedar, novel yang terbaik ialah novel yang mendekatkan diri kita kepada yang Maha Esa.

novel 1,2 dan 3 sangat² menarik! novel ke-4 menarik laa jugak, aku baru bace beberapa belas helaian pertama. novel Lorong Kematian by Geidurrahman El-Mishry Penerbit. aku tersilap beli yang indon version punye. ayat dia punye lah berbelit tapi aku paham lah hihi tapi paham² je lah, aku kan malaysian. korang bacalah sendiri ye, malasnye nak mengulas =.= selamat membaca. sekian.

always remember this~
firman Allah S.W.T:
Ya'qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya." (Surah Yusuf: 86)

07 December 2010

how can you deny?

Assalamualaikum wbt haizz.. just wanna sayy that i have just found a beautiful nasyeed from No Beats Necessary. i like this calming nasyeed vm for its without beats. feel free to listen! ~
sekian :)

No Beats Necessary - How Can You Deny?
Album - Open Your Eyes

30 November 2010

there is always someone waiting for you

love everyone, so everyone will love you

Assalamualaikum hai hai..
hari ni saya bangun pagi pagi lagi dan bersiap nak pergi hospital USM. did i ever tell you, my cousin has recently been diagnosed with cancer?? it is a lymphoma cancer, a rare type of cancer. doktor pun taknak amik risiko untuk buat chemo. mak aku kate penyakit ni kalau buat chemo samada semakin sembuh ataupun semakin aktif. ini sepupu aku, jadi aku rasa sedikit emosi huhu. bayangkan saje salah sorang ahli keluarga terdekat anda ada penyakit kanser and yet you tried hard to help her but it works nothing. sedih kan? kan? itu lah yang aku rasa. ini pasti ada hikmahnya.

aku bukan mengaji medik, aku tak paham la ape menda tu lymphoma cancer (next time aku tanye kakngoh aku, kk). tapi memang penyakit tu susah nak berubat, lebih2 lagi darah dia pun negatif dan jarang2 je orang darah jenis dia.

maaf T_T. darah saya jenis A+
tak dapat bantu :(

sepupu aku buntu mane2 darah yang negatif untuk buat pembedahan yang sterusnya skaligus untuk teruskan hidup dengan sihat, memandangkan dia berdarah AB-. jadi aku pun tanye kawan2 aku, mana lah tahu ade yang tercicir. Alhamdulillah, thanks to Allah i got two person which are izzati and kaksyu. dua2 darah O- segala puji bagi Mu tuhan sekalian alam. tapi kaksyu je yang kat kelantan sbbnye zati tak dapat cuti kat Matrik. kebetulan hari ni briged bakti ade program derma darah and then jun dan kaksyu nak join sekali sambil nak usha darah negatif. walaupun derma darah pun tak dapat bantu sepupu aku, sekurang kurangnya dia ada tenaga untuk lawan penyakit dia.

sampai2 je kat hospital USM, aku, ablong(abg aku) dan kaksyu pegi la kat unit tabung derma darah nak derma darah kununnye. mak sedara dan paksedara aku tunggu je kat tempat derma darah, sebabnye, ye lah darah kaksyu kan sesuai untuk anak dia. tetapi setiap yang berlaku ada hikmahnya, kaksyu rupenye darah O+ bukan O-. mati2 kitorang ingat dapat tolong sepupu aku tu, rupa2nya diorang salah tulis kat buku derma kaksyu. aku tak pernah pernah jumpa kesilapan yang gini melainkan hari ni~ tapi aku akan usaha jugak tanye saim2 aku, insyaAllah. setiap masalah ada penyelesaiannya. who knows what will happened next. Allah knows. doakan yang terbaik untuk sepupu saya.

TYPES

DISTRIBUTION

RATIOS

O +1 person in 338.4%
O -1 person in 157.7%
A +1 person in 332.3%
A -1 person in 166.5%
B +1 person in 129.4%
B -1 person in 671.7%
AB +1 person in 293.2%
AB -1 person in 1670.7%
omg~ ini lah hakikat sebenarnya.
analisa secara rawak from blood type facts

and den aku pun derma darah la jugak kat hospital and for your information, tabung darah kat hospital betul2 terhad dan buleh dikatekan almost zero.. maklumlah patients ramai daripada penderma. time aku dan kaksyu duk kat tempat makan dalam bilik derma darah, we have met a man, maybe he is a doctor. encik tu nasihat tuk kitorang pasal pekdah pentingyeee derma darah 3kali setahun. kalau lah seseorang tu tau nilai darah setiap orang, nescaya semua pakat2 pergi derma. darah takleh dibeli kat tesco, ia bergantung kepada penderma darah samada rela atau tak rela. satu bag 450ml dapat membantu beberapa orang. kita tak rasa situasi tegang itu sebab kita bukan pesakit tersebut. pikir2kan lah. sekian..

you will never expect that..
there is always someone waiting for you..
to keep on living..
to keep on breathing..

p/s: big thanks to friends and briged bakti who had tried hard to help my cousin today. mungkin takdapat membantu sepupu saya tapi ini tidak bermakna tak dapat membantu pesakit2 yang lain. they are always waiting for you! with lots of love, xoxo :)

27 November 2010

tempat kembali melambai-lambai

Assalamualakum hai hai!
19november2010 (a day after Eidul Fitri)

Lorong Kubur Terap tempat sasaran kami.

hari ni sepatotnye ada alumni Kiblah, tapi umi aku suh utamakan pergi tempat special ni dulu. pagi2 dalam kul9 a.m, umi, abah dan damia termasuk aku sudah pun bersiap cantik cantik hehe. ye lah, ni kan tempat special, nanti gape pulak orang kate nanti. bawak buku yaasin, air kosong dan tikar! jom! hehe macam jauh sangat je, ekceli lorong ni tak laa jauh sangat dengan lorong rumah aku. insyaAllah aku pun mungkin ditanam kat sini jugak. atau pun dekat Panchor. haha agak jauh.

"Assalamualaikum ya ahli kubur".
doa kami semoga kalian sejahtera selalu.

"damia, tu lah kubur adik damia" answered my father to her grandchild, damia.

"adik aisyah dan zainab duduk dalam syurga kan, tokku?" damia bertanya lagi.

sayu hati ni bila dengar sorang budak kecik yang suka bertanya menanyakan hal ni. betul, sayu. sayu bila ada sorang budak menyentuh pasal kematian? sayu bila ada sorang budak mengingatkan kita tentang sesuatu yang mendekatkan kita dengan Allah? Allah.. ya Allah..

damia dan abah kat kubur my grandpaa.

mati, ia pasti, ia menghampiri. sejauh mana kita berlari, kematian akan tetap menjemput kita jugak nanti. so, teman yang paling setia tentulah kematian. tapi kkerap kali kita melupai teman setia kita ni. ayuh, jom berubah! berikan hadiah yang palingg manis untuk teman kita ini. ingat! hadiah yang termanis yang kita sediakan untuk kematian, sudah tentu dibalas dengan hadiah yang paling manis juga. yup, pahala. pastikan hadiah yang kita mau bagi mestilah ikhlas lillahi ta'ala. "tapi nak bagi hadiah ape ek? kereta volkswagen, buleh? aku manyak duit ni." auww, sorry. bukan itu maksud saya :)

Daripada Anas r.a daripada rasulullah s.a.w sabdanya, “Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya”. Riwayat al-Bukhari dan muslim.

maksud dalam hadis ni, dia kate ade 3perkara je yang dapat menjamin keadaan jenazah dalam kubur dan akhirat kelak. tapi secara keseluruhannya, amalan baik jenazah yang sangat sangat paling menjamin jenazah tersebut. kedua ialah keluarga jenazah tersebut ialah daripada keluarga yang bertakwa. seterusnya ketiga ialah harta yang digunakan untuk kebajikan juga daripada sumber yang halal.

Dari Abi Said Al-Khudhri ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Bila jenazah diangkat dan orang-orang mengusungnya di atas pundak, maka bila jenazah itu baik, dia berkata, Percepatlah perjalananku. Sebaliknya, bila jenazah itu tidak baik, dia akan berkata, Celaka!, mau dibawa ke mana aku? Semua makhluk mendengar suaranya kecuali manusia. Bila manusia mendengarnya, pasti pengsan."

pengsan kat situ, bukannya pengsan biasa2 tau. ustazah aku kate pengsan yang tak bangun bangun, lebih kurang mati mengejut kot. hadis kat atas ni hadis yang pernah belajar masa form4 dan dan form6. suka belajar hadis ni terutama bila dia hurai amalan baik tuu dengan lebih detail. saye rindu nak masuk form6 dan belajar balik! hehe. by the way, semoga kita tergolong dalam golongan husnul khatimah. peringatan untuk diri saya yang sering lupa dan alpa, tak lupa juga peringatan kepada sahabat2 yang lain. alamak, ada alumni pulak kejap lagi! hee, sekian :)

ya Allah,
aku akui dosa dosa ku menutupi hati ku,
air mata suci yang aku rindu kian membeku
malunya aku padaMu, ya Allah
ku mohon anugerahkanlah aku sebuah tangisan
yang lahir atas cintaku hanya pada-Mu,
sungguh aku rindu pada tangisan menghadap-Mu.
ameen

website yang banyak mendidik ku pada hari ni:

23 November 2010

today’s thorn is tomorrow’s flower

Assalamualaikum wbt. hai haii :)
jom baca cerita ini. pengajaran untuk kita, dan saye juga ^_^

The butterfly and the flower

by unknown


Once, there was a man who asked God for a flower and a butterfly but instead God gave him a cactus and a caterpillar. the man was sad, he didn’t understand why his request was mistaken. then he thought:

oh well, GOD has too many people to care for

and he decided not to question. after some time, the man went to check up on his request that he had left forgotten. to his surprise, from the thorny & ugly cactus a beautiful flower had grown. and the unsightly carterpillar had been transformed into the most beautiful butterfly.

transparent butterfly and the flower,
cantik!

God always does things right! His way is ALWAYS the best way, even if to us it seems all wrong. if you asked God for one thing & received another, TRUST. You can be sure that He will always give you what you need at the appropriate time. what you want….is not always what you need! God never fails to grant our petitions, so keep on going for Him without doubting or murmuring. today’s THORN… is tomorrow’s FLOWER!

and the GOD is Allah SWT
the one and only!
sekian.

22 November 2010

cintailah dalam diam

Assalamualaikum

jika BELUM siap.. cintailah dalam DIAM

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

hati potong-potong
macam ais krim potong pulak dah

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Saidina Ali? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...Sekian.


petikan daripada seorang sahabat
NB. Postingan temannya Aldiansyah
(Share by: Arytha Rusianty)

16 November 2010

bila wukuf?

Assalamualaikum wbt! ekceli aku agak kompius nak post kat blog yang mana satu, almaklum lah blog banyok sangat tapi active tidak haha. hai hai saye menulis lagi, beberape hari sebelum hari eidul adha pada 8zulhijjah umi saya suh puase sunat. wukuf katenye. tapi bila aku tanye kawan aku terus dia kate mane adaaaa lusa baru raya, maksudnye esok lah wukuf 9zulhijjah. haha. jadi aku terus niat puasa sunatlillah saje. keliru aku dibuatnya hihik. den umi saye explain, penduduk Makkah(termasuk k.ngoh) dah wukuf di Arafah hari ni, sebab tu suruh ikut yg sana. peningnyee, nak ikot yang mane satu? ahh, aku keliru~ surf kat internet je lah hehe. aku mana pandai.


Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah,maka Rasulullah s.a.w. bersabda “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas”.(Riwayat Imam Muslim)

wah sangat best! okey, puasa tu kena pada hari Arafah okeyyy tapi masih keliru dan keliru lagii.

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung dengan berpuasa pada hari Arafah; “Dan berpuasa pada hari Arafah itu adalah pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim (Puasa pada hari Arafah dihitung di sisi Allah menghapuskan dosa seseorang pada tahun sebelum dan tahun selepas)”.

9zulhijjah! yes yes. macam yang blaja mase form4 dulu tapi suam2 kuku ingat hehe. seterusnya, what if kita keliru nak ikot negara Arab Saudi or negara kita yang ikot anak bulan?

Syeikh Syihabuddin dalam kitab Hasyiatan menyatakan; (Dan hari Arafah) dan sekiranya berlaku syak berkenaan hilal Zulhijjah maka tiada haram dan tiada makruh berpuasa pada hari Arafah sebagaimana berpuasa pada hari yang ke-30 Ramadhan setelah syak pada kedudukan hilal awal Ramadhan”.

Al-Syeikh Zainuddin Abdul Aziz al-Malibari menambah; “Dan lebih cermat lagi berhati-hati, berpuasalah pada 8 dan 9 Zulhijjah”.

Al-‘Allamah Abi Bakar Usman bin Muhammad Syata al-Dumyati
mengulas; “Kerana bahawasanya (berpuasa pada hari yang ke-8 Zulhijjah itu) kadang-kadang jatuh pada 9 Zulhijjah”.


tapi Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura guna kaedah rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (kiraan falak) berdasarkan kriteria Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan). waa wats that. rumitnya, thats why saye takberape minat dengan falak. so, gimana? nak ikot negara Arab Saudi atau ikot anak bulan kat negara sendiri?

Hujah Mazhab al-Syafi’i merujuk kepada sunnah, qias, dan logik
i)Sunnah
Kuraib menceritakan bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Syam. Kuraib berkata, “Aku tiba di Syam dan menunaikan hajatnya sedangkan pemberitahuan dan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah al-Munawwarah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan”. Katanya, “Bilakah kamu melihat anak bulan?”. Aku menjawab, “Kami melihat pada malam Jumaat!”. Ibnu Abbas bertanya lagi katanya, “Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?”. Aku menjawab, “Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa”. Ibnu Abbas berkata, “Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal”. Aku bertanya, “Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?”. Ibnu Abbas menjawab, “Tidak! Beginilah caranya Rasulullah s.a.w. menyuruh kami”. (Riwayat Imam Muslim)

ii)Qias
Ulama’ Mazhab Syafi’i mengqiaskan perbezaan terbit bulan dengan perbezaan terbit matahari yang membawa kepada berlaku perbezaan waktu solat.

iii)Hukum Akal
Syarak telah mengaitkan wajibnya berpuasa dengan timbulnya bulan Ramadhan dan permulaan Ramadhan adalah berbeza disebabkan oleh perbezaan negeri-negeri yang membawa kepada perbezaan mula berpuasa di negeri-negeri yang berlainan.

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi; Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq”.

haa got it! ikut anak bulan kat rumah je.aku buat kesimpulan melalui ape aku dah bace, haha. kalu salah harap tegur. sekian :)
website yang banyak membantu,bukak lah. teng treng teng2!

p/s: kebetulan selepas beberapa hari saya post ini entry, ustaz luqman pun turut membangkitkan isu ini. dan pendapat dia juga sama. jadi, jangan ragu2 untuk ikot anak bulan kat negara kita sendiri haha. peace!

14 November 2010

self dicovery

Assalamualaikum wbt. hai hai!
by the way, you should read this; it is a life's lesson that everyone should know ♥ dan siyes budak ini sungguh kiyuk :D

I searched and searched for answers I couldn't find.
I wanted to learn about life, but it was so undefined,

Then I opened my mind...
And the answers found me!
Never again did I seek
Anywhere else but me!

Written by kids at heart,
http://www.HappyLifeQuotes.com