iLovePalestine.com

08 May 2015

sentuhan kasih sayang Ilahi

Assalamualaikum,

"Maaf, saya tak mampu nak bagi nasihat kat awak bila awak minta nasihat"

"Takpa.Nak tahu sesuatu tak? 

"Apa dia?"

"Walau sehebat mana orang itu, mustahil dia mampu hidup tanpa teguran seorang sahabat. Teguran sahabat itu mengingatkan dia bahawa tiada orang yang sempurna. Bahawa kita selama ini hanya syok sorang diri sahaja."


Saya cuba membuat kesimpulan, bila ada orang murung dan cuba mencari pengisian hati. Itu tandanya dia sedang mencari sentuhan kasih sayang dari Ilahi. Sentuhlah hatinya walau kamu tidak tahu apa masalahnya. Ceritakanlah sesuatu yang mendekatkan kita kepada sang Pencipta. Itu sahaja ubatnya.

Ambil cinta-Nya di langit dan tebarkanlah ia ke bumi.

06 May 2015

عبارات مفيدة useful phrase

Assalamualaikum. Berikut hasil rujukan Arabic English Visual Bilingual Dictionary Book, milik suami kepada sahabat saya. Saya pinjam sat. Menarik untuk tatapan dan pendedahan awal. :)

ضروريات : necessary
 من فضلِك : please 
 عن إذنِك : excuse me 
 تشرَّفْنا : please to meet you

علامات : signs 
 مَدُخَل : entrance 
 مخرج: exit
 مخرج طوارئ: emergency exit 
 ادفَع : push 
 خَطَر : danger 
 التدخين ممنوع: no smoking 
 مُعَطِّل: out of order 
 سعر مُخَفَّض : reduced price
 تخفيضات : sale
 اطرق قبل الدخول : knock before entering 
 ابتعيد عن النجيل: keep off the grass

مساعدة : help
 الرجاء التحدُّث ببطء: please speak more slowly 
 اكتبها من فضلك: please write it down 
 فقدتُ : I have lost....

 الارشادات: directions 
 أنا تُحت: I am lost 
 كيف أصل إلى : how do I get to 
 ألى اليمين: to the right 
 إلى اليسار: to the left
 على طول : straight forward 
 كم المَسافَة إلى : how far is...

إشارات الطريق:  road signs
هدئ السرعة : slow down
تحويل : diversion
اِلْتَزِم اليمين : keep to the right
طريق سريع : motorway
طريق اتجاه واحد: one-way street
المقيمون فقط: residentials only
مُنْحَنى خطر: dangerous bend

البيات : accomodation
عندي حجْز: I have a reservation (sewa)
ما موعد الفطور؟ : what time is breakfast?
سأعود الساعة: I'll be back at.... o'clock
سأُغادِر غداً : I'm leaving tomorrow

أكل وشرب : eating and drinking
في صِحَّتِك : cheers!
الأكُل غير مقبول:  The food is not satisfactory
لا أريد المزيد, شكرا : no more for me, thank you
ممكن المَزيد: may I have some more?
الحساب من فضلك:  may we have the bill?
ممكن إيصال؟ : can I have a receipt

الصحة : health
 أشعر بالدَّوَر : I don't feel well
ما رقم هاتف أقرب طبيب؟ : what is the telephone no of the nearest doctor?
يُؤْلِمُنِي هنا : it hurts here
عندي حرارة : I have a high tempetarute
أنا حامل في الشهر: Im... months pregnant
عادة أتناول : I normally take..
عندي حَساسِيَة تُجاهَ: I'm allergic to..
هل سيكون بخير؟ : Will he be alright?

Moga ia bermanfaat.

15 April 2015

Di sebalik ayat perang khauf

Assalamualaikum,


Pernah dengar tak solat khauf? Solat khauf atau solat dalam ketakutan ini ialah solat yang kita lakukan dalam keadaan cemas dan sangat membahayakan.

Memetik firman Allah سبحانه وتعالى dari surah an-Nisa' ayat 102:

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِن وَرَ‌ائِكُمْ وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَ‌ىٰ لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَ‌هُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ ۗ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن كَانَ بِكُمْ أَذًى مِّن مَّطَرٍ‌ أَوْ كُنتُم مَّرْ‌ضَىٰ أَن تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ ۖ وَخُذُوا حِذْرَ‌كُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِ‌ينَ عَذَابًا مُّهِينًا 

 “Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum solat (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersolat (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.” (Surah An-Nisa’ 4; Ayat 102)

Dari ayat al-Quran ini kita memahami bahawa ada beberapa kumpulan tentera Islam yang menjadi subjek. Jelas pada awal ayat di atas  menunjukkan wazan perbuatan yang berbeza. Allah SWT berfirman di awalnya:

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ 

Perbuatan تقم, penggunaan bentuk wazan dituju pada طائفة. Kemudian diikuti dengan perbuatan seterusnya يأخذوا.

Hakikatnya di sini, penggunakan يأخذوا menunjukkan pada sebahagian baki tentera-tentera Islam yang lain. Begitu juga ayat yang mengikutinya selepas itu. Andainya Allah SWT menggunakan wazan feel تأخذوا kepada tentera Islam dari kumpulan lain pasti kita pening dan maksud tak kesampaian..

SubhanaAllah, indahnya apabila kita memahami bait  bait al-Quran seolah-olah Allah SWT berbicara dengan kita.

p/s: wAllahu a'lam. Sekadar berkongsi apa yang belajar, mohon tunjuk ajar semua.