iLovePalestine.com

26 February 2012

rahsia orang yang tajam pandangan hatinya ^_^

salam

seorang ulama' bernama Syuja' al Kirmani berkata:

"Sesiapa yang usia hidupnya dicurahkan untuk taat kepada Allah SWT, batinnya sentiasa berbisik kepada Allah SWT, matanya selalu menunduk dan menghindari sesuatu yang diharamkan Allah SWT serta dirinya menahan diri daripada segala yang 'berbau syubhah', selalu menyibukkan diri daripada perkara haram, maka firasatnya tidak akan meleset. Dialah seorang pahlawan yang memiliki pisau analisis yang sangat tajam. Dan firasatnya akan sentiasa tepat dengan apa yang dikehendaki."

Ertinya, Allah SWT membalas semua perbuatan hamba-Nya sesuai dengan amal perbuatan yang dilakukan. Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka Allah akan menggantikan amal perbuatan tersebut dengan kebaikan. Dengan kata lain, sesiapa yang menundukkan pandangan daripada segala yang haram hanya kerana Allah, maka Allah akan memberi pelita dalam hatinya agar hatinya terang-benderang. Dengan demikian dia semakin mudah dan ringan melakukan kebaikan. Pintu iman, ilmu pengetahuan dan firasat yang benar akan terbuka sehingga apabila akan berlaku sesuatu yang menimpa dirinya, dia terlebih dahulu diberitahu oleh Allah SWT

Sedangkan orang yang sebaliknya iaitu orang yang tidak pernah menahan pandangannya, maka dia akan selalu dihantui kebinasaan seperti kaum Lut. Mereka bukannya orang yang tajam pandangan hatinya, tetapi mereka orang yang buta mata hatinya. -Solusi

24 February 2012

tautkanlah hati kami kerana Allah ^^

salam

sahabat yang baik seperti pelangi :') sukar untuk menemukannya, namun apabila bertemu.. sukar untuk melepaskannya.

benar.. liqa' ini benar-benar terasa zupp nya! tidak seperti liqa' semester lepas, mungkin kerana saya yang terlalu banyak assignment membuatkan jiwa ini sangat celaru. syukur kami dipertemukan pula pagi ini hihi.. tergetar hati ini tatkala ayat surah as-saff dibaca lalu disahut oleh sahabat-sahabat yang lain.. ayat-ayat yang dibaca..bertalu-talu memanah hati saya. antara Firman-firman Allah berbunyi,,

A002

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (As-Saff 61:2)


A003

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff 61:3)


A004

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saff 61:4)


Rabbighfirlanaa wa'fuannaa.. ya Allah, kami telah menzalimi diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya masuklah kami ke dalam golongan mereka yang rugi.. amin2..

p/s: ingatkan diri supaya sentiasa doakan untuk sahabat doa rabithoh hati selepas solat.. supaya hati-hati yang bertaut di liqa' tidak hanya terputus di sini. dan doakan untuk semua sahabat2 yang di sini dan nun di sana supaya Allah permudahkan urusan yang baik-baik mereka.. doakan juga supaya mereka pun tidak lupakan kita :)

kak Fizah kata, hati-hati yang bertaut kerana Allah..walaupun kita duk berasingan di kawasan khalayak ramai pun, hati kita dapat mengesan hati-hati sahabatnya yang lain di kawasan itu

"Do not love the one who doesn't love Allah,
If they can leave Allah, they will leave you."
(Imam Shafie)

22 February 2012

jalan bahagia ♥

salam,

Album : Jalan Bahagia ♥
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Bukan intan permata
Bukan paras rupa
Pandangan Tuhan pada manusia
Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia
Disisi Tuhan itu yang utama
Siapa yang berbakti dengan ketabahan
Sabar menempuh ketentuan Tuhan
Baginya syafaat dunia akhirat
Kurnia Tuhan tidak terkira

Didalam menjalani hidup didunia
Tiada lepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan
Tiada yang kuasa melainkan Dia
Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah

Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat-Mu
Pandangan kasih-Mu
Pimpinlah kami jalan bahagia
Selamanya :))

19 February 2012

khalifah, jom jihad!

salam

saya suka nasyid ghuraba' ^_^ jadi makin semangat! yea semangat! kuatkan diri! tabahkan hati! ambik posisi masing-masing!! yee, bukankah Allah maha melihat dan mengetahui setiap yg berlaku?? oleh itu, di mana perasaan takut kita kepada Allah SWT?? sudah kah kita lupa, Allah menciptakan kita sebagai khalifah?? bukankah dia akan pamerkan satu-satu perbuatan kita kelak?? tidakkah kita malu? waduh waduh, saya malu dengan dosa saye, diri saya, dan kisah silam saya.. saya sering lupa dan lagho.. di mana saya yang dulu??
:(( dunia ini terlalu banyak penipuan dan kekecewaan! kita butuh pertolonganNya! T_T

[30] "Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (surah Al-Baqarah)

Ya Allah, jangan Kau tarik kembali hidayah kami yang telah Kau berikan.. ameen.. jom jihad!

GHURABA'!!
GHURABA' TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA SELAIN ALLAH!


Bukanlah orang asing itu mereka yang terpisah dari
negeri mereka dan mengucapkan selamat tinggal

tetapi orang asing itu ialah mereka yg tetap serius
dikala manusia di sekeliling asyik bermain-main

dan tetap berjaga ketika manusia sekeliling
asyik tidur dengan lenanya dan
tetap mengikuti jalan lurus dikala
manusia dalam kesesatan tanpa arah

dan benarnya sebuah syair ketika ia berkata:

berkata kepadaku seorang sahabat,
"aku melihatmu sebagai orang asing"
di antara orang banyak ini engkau tanpa teman.

maka aku berkata,"sekali-kali tidak!
bahkan orang banyak itulah yang asing,
sedang aku berada di kehidupan dan inilah jalanku.

inilah orang asing
asing di sisi mereka yang
hidup sia-sia di antara manusia

teapi di sisi Rabbnya,
mereka berada di tempat yang mulia."

16 February 2012

fatwa cinta

salam,
selagi belum akad,
selagi itu ada jarak antara kita!!


أود أن أؤكد ما ذكرته مرارًا: أني لا أحبذ ما يقوله بعض الناس في عصرنا من ضرورة " الحب قبل الزواج " لأن هذا الطريق محفوف بالخطر محاط بالشبهات.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar." -[Fatawa Mu'ashirah - 2].


Pandangan dari bekas mufti Arab Saudi, Syeikh Utsaimin mengenai 'hubungan percintaan diantara dua insan' :-
التواصل بين المتحابين على غير وجهٍ شرعي هذا هو البلاء ، وهو قطع الأعناق والظهور ، فلا يحل في هذه الحال أن يتصل الرجل بالمرأة ، والمرأة بالرجل ، ويقول إنه يرغب في زواجها ، بل يخبر وليها أنه يريد زواجها ، أو تخبر هي وليها أنها تريد الزواج منه ، كما فعل عمر رضي الله عنه حينما عرض ابنته حفصة على أبي بكر وعثمان رضي الله عنهما
وأما أن تقوم المرأة مباشرة بالاتصال بالرجل فهذا محل فتنة
"Hubungan diantara kekasih adalah tidak wajar dan tidak syarie, ia murupakan jalan mengundang bala' dan bencana yang sebenar. Tidak dibenarkan bagi seorang lelaki menghubungi wanita didalam kes ini (bercinta), atau bagi wanita menghubungi lelaki tersebut. Jika dia berkata bahawa dia ingin mengkahwini wanita tersebut, maka hendaklah ia memberitahu walinya bahawa dia ingin berkahwin dengan wanita tersebut, atau wanita tersebut memberitahu walinya bahawa dia ingin mengkahwini lelaki tersebut, sebagaimana yang dilakukan oleh Umar ra dimana beliau telah menawarkan anaknya Hafsah berkahwin dengan Abu Bakar ra dan Uthman ra. Akan tetapi jika wanita tersebut menghubungi lelaki tersebut secara terus, maka ini merupakan punya fitnah." - As’ilat al-Baab il-Maftooh (Soalan no. 868).

13 February 2012

pelahap yang tidak akan kenyang

Sabda Rasulullah s.a.w.

: مَنْهُومَانِ لَا يَشْبَعَانِ طَالِبُ عِلْمٍ وَ طَالِبُ دُنْيَا
"Dua golongan pelahap yang TIDAK AKAN KENYANG , iaitu pecinta ilmu dan pecinta dunia"

[ Hadith Riwayat Al-Hakim]