iLovePalestine.com

21 February 2013

Syoknya usrah!


Indahnya usrah, 
diukirnya fikrah, 
dipasaknya akidah, 
dibimbing untuk taqarrub kepada Rabbi, 
ditambat mati jiwa-jiwa suci, 
oleh tali rabitah yang pasti, 

didasari oleh mahabbah pada Ilahi, 
walau digoncang mehnah dan tribulasi,
untuk tasaquth penting sekali, 

kerana usrah bukan hubungan duniawi, 
tapi matlamatnya membawa ke firdausi, 
semoga Allah memelihara dan memberkati, 
wasilah suci perjuangan Nabi

penawar duka dan sengasara huu~

Salam DR Maza kembali lagi hehe ^_^ kelakar bila pikir balik dari mana asal usulnya saya mula mengenali dan menyukai DR Maza, huhu it's really funny to me ye! Semalam saya beli buku ni, sangat inspired! Ubat duka hii..

Terjumpa K.Fizah aka naqibah kesayangan saya sem lepas dan kebetulan birthday dia semalam.. Saya terus bagi kat dia! ^_^ Bangga, dia terharu :) Kemudian saya beli lagi satu tuk saya.


Antara part yang membuat iman saya tersentuh ialah;

Melihat manusia yang diuji menjadikan kita rendah diri dan insaf. Mungkin dia yang dilihat oleh orang lain sedang dalam ketenatan cabaran tetapi sebenarnya dia sedang tenggelam dalam rahmat dan kasih sayang TUHAN. Melihat orang susah, mereka yang dizalimi, mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan menyebabkan kita terlintas segera dalam perasaan, 'Dia di sisi ALLAH mungkin lebih baik daripada diriku ini.'

**

Ketika ramai manusia berlari mencari keredhaan makhluk, golongan ghuraba', berlari mencari keredhaan Allah, sekali pun dimusuhi makhluk. 

 "Maka larilah kepada Allah" - Surah Az-Zariyyat,50 

 Overall tak baca semua lagi, just skip tempat touching2. Allah gerakkan hati saya beli buku ni, terima kasih Allah. Taknak beli buku, boleh baca kat website dia.

Haa, part ni pun boleh buat saya tersentap. Umumnya kita memang dah tahu tapi kadang kita lupa, ibarat hanyut dalam mimpi ngeri.


Maka insan hendaklah sedar, ketika dia berusaha, dia sebenarnya menunaikan segala perintah yang ditetapkan dan merupakan amal ibadat buatnya di akhirat. Jika dia gagal, bukan bererti Allah menzaliminya tetapi dia adalah makhluk yang terpaksa tunduk kepada perjalanan alam yang DIA ciptakan.

**

Jika setelah berdoa dia tetap diuji, bererti dia mesti terus berusaha sementara ALLAH tetap memberi pahala kepadanya. Dengan itu dia telah menggabungkan iktikad dan tindakan. Menyebabkan dia cuba mematuhi tuntutan alam yang ALLAH tetapkan, dalam masa yang sama jiwanya bergantung kepada-NYA.


 Saya kagum dengan DR Maza, walaupun dia pernah memegang jawatan Mufti dan sebagainya, langsung tidak terpengaruh dengan persekitaran. adil dan berpegang dengan pendirian selari dengan syariah Islam.. tidak berat sebelah dan sentiasa lantang dalam memberi nasihat. Moga istiqamah.

Mana nak cari pemimpin seperti ini sekarang?