iLovePalestine.com

29 April 2011

dr. cinta punye belog

Assalamualaikum,

hehe first time promot belog. wahaha~ terjah blog ni jom ^_-

jangan pernah tinggalkan cinta ALLAH demi cinta manusia

7tips eratkan hubungan kita dengan Al-Qur’an

Assalamualaikum,

Adakah anda salah satu dari orang-orang yang jarang sekali memegang Al-Qur'an? Atau adakah anda membacanya setiap hari, tetapi tidak memberi kesan kepada anda seperti orang lain? Apa pun masalah yang mungkin terjadi, berikut beberapa tip mudah yang akan membantu anda untuk berhubungan dengan Al-Qur'an:

1. Sebelum menyentuhnya, periksalah hati anda

Tanyakan sejujurnya pada diri kita, mengapa kita membacanya. Adakah hanya sekadar untuk mendapatkan informasi dan kemudian meninggalkan Al-Quran dari diri anda begitu saja sesudahnya? Ingatlah bahawa isteri baginda menjelaskan Nabi Muhammad SAW umpama "Al-Qur'an yang berjalan". Dengan kata lain, baginda tidak hanya membaca dan memperindah bacaan Al-Qur'an, tetapi baginda hidup di dalamnya.

2. Berwudhu

Berwudhu adalah persiapan bagi fizikal dan mental yang baik untuk mengingatkan kita bahawa kita tidak hanya sekadar membaca buku. Malah, ia lebih kepada kita hendak berinteraksi dengan Tuhan, sehingga menjadi bersih harus diprioritaskan saat berkomunikasi dengan-Nya.

3. Baca hanya 5 minit setiap harinya

Anda sering berfikir bahawa anda harus membaca Al- Qur'an setidaknya 1 jam penuh. Jika bukan merupakan kebiasaan kita untuk membacanya setiap hari, maka hal tersebut merupakan sangat sukar. Mulailah terlebih dahulu dengan hanya 5 minit setiap hari. Jika anda melakukan langkah pertama, Insya Allah (dengan seizin Allah), anda akan merasakan bahawa 5 minit tersebut akan menjadi 10 menit, kemudian menjadi setengah jam, kemudian 1 jam, dan bahkan mungkin lebih!

4. Pastikan bahwa kamu memahami apa yang kamu baca

5 minit dalam membaca Al-Qur'an dalam bahasa Arab adalah baik, tetapi anda perlu memahami apa yang anda baca tersebut. Pastikan bahwa anda memiliki terjemahan Al-Qur'an yang baik dalam bahasa yang anda sangat fahami. Selalu berusaha untuk membaca terjemahan apa yang anda baca setiap harinya tersebut.

5. Ingat, Al-Qur'an adalah lebih interaktif dibanding sebuah CD.

Di dalam sebuah CD Rom interaktif dan program komputer, beberapa orang berfikir bahawa buku-buku adalah lebih pasif dan membosankan. Berbeza dengan Al-Qur'an. Ingatlah saat anda membaca Al-Qur'an, anda sedang berinteraksi dengan Allah. Allah sedang berbicara dengan anda, maka semaklah bacaan anda.

6. Jangan hanya membaca, tetapi dengarkan juga

Saat ini banyak sekali terdapat kaset-kaset audio dan CD Al-Qur'an, beberapa diantaranya bahkan dengan terjemahan yang sangat baik. Kaset dan CD ini sangat baik dimasukkan di dalam walkman atau pun CD atau dalam kenderaan anda sepanjang dalam perjalanan. Gunakan ini sebagai tambahan untuk bacaan Al-Qur'an anda setiap hari, bukan sebagai pengganti.

7. Berdoalah

Mintalah kepada Allah untuk menuntun anda ketika membaca Al-Qur'an. Tujuannya adalah khususnya untuk mencintai Allah, berinteraksi dengan-Nya dengan membaca, memahami dan mengaplikasikan Firman-Firman-Nya. Berdoalah kepada Allah untuk pertolongan dan tuntunan-Nya, dan berusaha untuk membaca Al-Quran sebaik mungkin.

credit to: layar minda

22 April 2011

zass, layan ^_^

Assalamualaikum,

1. 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE ?
Syifa', Lina, Niem TMA

2. YOUR MAIN RINGTONE ?
Fox Rain (lagu ni tah pape je, takyah dengar-.-)

3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT ?
tidoo leee

4 . WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE ?
kuar ngan Tiqah kat Parkson \(^.^)/

5. THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING? NOW ?
greeeeeeeeeen yaw :))

6. THE LAST THING U DID?
pujuk Damia' pegi Kubang Kerian. jangan nangis-nangis ea.

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
buku nota ku yang banyak dicatit itu, phone, sepek(bukan feveret ponn tapi taktau dah ape nak taip)

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
cream

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
which wallet? hehee tau2 je sekarang tengah bankrupt-C, time ni pulak nak tanya.

10. HOW'S LIFE?
great! Alhamdulillah!

11. YOUR FAVORITE SONG?
ikut mood :B

12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
rutin biasa. nak jgk habiskan hfzn, tolong doakan saya. amin!

13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
lepas isya' tadi

14. WHERE IS SHE NOW?
kat ruang tamu atas :D

15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
dalam kul 11.00pm

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
Izzati Norizan!

17. WHERE DID U HAVE UR DINNER LASTNIGHT?
kat dapur ^^

18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
damia' tetiba balik rumah, dah 2minggu tak tengok dia dah pandai baca surah al-Masad :D

19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
mungkin kredit kot. tapi dah dibayar ;)

21. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
tanye soalan ni 10taun akan datang

22. WHAT DO YOU FEEL NOW?
rasa berat hati dan kucar kacir tapi lam masa yang sama, gembira dan bersyukur sangat! ^^

23. WANNA SHARE WITH WHO?
umi! family dan sape-sape yang rapat dan leh dipercayai. kan ku citee :D

24. WHO KNOWS UR SECRET?
semua orang kot haha, tipu. ada lah yang boleh diharap tu, haa yang tu penting :p

25 . THEY KEEP UR SECRET?
InsyaAllah! biar pecah di perut jangan pecah di mulut. jajaja

27. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
buat masa sekarang, TAK!

28. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
McFlurry Oreo. tapi skang dah lama tak pegi, macam serba salah nak masuk lak. boikot2. hee

29. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
jumpa ngan Bong minggu lepas, dia kata sal Maktab bukak tuk tawaran khas.teruk! teruk! dah laa jatuh ditimpa tangga pula. pasti ada hikmahnya, terima kasih Syi tenangkan saya :)

30. WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW?

Ya Allah,
bila nur melimpah ke hati. cahayanya subur kembali.
hanya padaMu Tuhan, kusandarkan cinta.
melimpah di jiwa, tumpah di hati.

masihkah ada lagi dayaku
menghindar dari kealpaan??
diterjah pelbagai persoalan,
dihujani airmata penyesalan.

moga hari-hari yang mendatang akan lebih baik
dari hari-hari sebelum ini.

hanya pada-Mu kusandarkan harapan.

07 April 2011

we get what we give

Assalamualaikum,

kakak saya ada bagitau pentingnya doa orang lain tuk kita, saya sedikit terkejut. selama ni saya hanya pentingkan diri. tau takk? walaupun saudara kita hanya menjawab "InsyaAllah, amin", tu pun dah cukup.

"awak, tolong doakan saya leh masuk universiti."
( desok-desok >.<" hehe contoh)

ayat ni dah makin kerap diguna, dulu saya bagitau kat kawan yang rapat saje. hee~

awak tuu yang bijak tuu, kalau saya cakap awak lulus exam sebab orang ramai doakan tuk awak. tak mustahil kan? kemungkinan bukan doa kita yang makbul, sebenarnya doa orang lain yang memakbulkan doa kita. so, jangan riya'!

Sesungguhnya,
ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan,
kepada sesiapa yang DIA mahu.

Asy-Syaikh Muhammad bin Sholih Al-Utsaimin menjelaskan, bahwa, jika seorang hamba mendoakan saudaranya dengan tanpa sepengetahuan dan kehadiran saudaranya itu dihadapannya. Maka malaikat berkata, “Amin” (Ya Allah , kabulkanlah). Dan bagimu juga (mendapatkan balasan) yang serupa. Maka malaikat akan mengaminkan atas doamu jika engkau mendoakan bagi saudaramu tanpa sepengetahuan dan kehadirannya.’

what we give is what we get!
jadi, jangan segan silu mendoakan untuk kebaikan saudara seIslam kita yang lain. jangan pentingkan diri sendiri saje. doakan tuk saya jugak boleh? hehe :p