iLovePalestine.com

11 November 2013

3 element yg perlu ada dalam diri penuntut ilmu

Salam,
Renungan~ Bagaimana diri kita ???

 3 elemen penting yang perlu ada dalam diri penuntut ilmu :
- Rabbaniyyah
- Salafiyyah
- Harakiyyah

Jika Rabbaniyyah tanpa 2 lagi sifat akan melahirkan insan yang tenggelam dengan zikir dan dirinya sendiri..,
Jika Salafiyyah tanpa 2 lagi sifat akan melahirkan insan yang tenggelam dengan perbahasan ilmiyyah dan perdebatan..,
Jika Harakiyyah tanpa 2 lagi sifat akan melahirkan insan yang tenggelam dalam dunia organisasi dan politik..,

Tak kiralah mengaji dekat mana,apa bidang yang diambil tapi isilah dengan ketiga-tiga elemen ini.. Rabbaniyyah agar diri kita sentiasa terikat dengan Allah. Salafiyyah agar kita sentiasa mencontohi generasi 3 kurun terbaik. Harakiyyah agar kita sedar yang ilmu ini bukan untuk diri sendiri tetapi untuk dakwah kepada masyarakat.

 Petikan dari kutaib karangan Dr. Solah Abdul Fattah al-Khalidi. -الخطة البراقة لذي النفس التواقة-

c&p

Nasihat dari Ibnu Qayyim

Salam,

 Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim

 1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
 2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

 Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

09 November 2013

selingan sambil study..

salam,

sekadar berkongsi perasaan dan pemerhatian. sedar taksedar, baru saya tahu pengorbanan umi dan abah especially kalau ada anak perempuan.. kita jaga budak tu, didik dia.. tapi bila dah besar, anak perempuan tu banyak pula bercakap pasal nak kahwin. sikit-sikit nak kahwin. dan dengan kawan-kawan pun pasti tu lah yang menjadi topik utama..

menangis hati umi dan abahnya. anehnya, anak itu tidak pernah fikir betapa beratnya umi dan abah nak melepaskan anak ni pergi.. umi dan abah sudah lama membesarkan dia sampaikan banyak duit belanja habis kerana anak perempuan mereka ni..  sedih.. memang beginikah kitarannya? anak mereka yang dijaga, didik dengan jayanya memang akan dibawa pergi oleh seorang yang tak dikenali kah? seterusnya selepas berkahwin, lagi menangis hati umi dan abahnya kerana anak perempuan mereka berjauhan dengan mereka.. aduh. bagaimana anak perempuan saya kelak? atau.. memang beginikah kitarannya?

saya sedang cuba menempatkan diri di situasi umi dan abah. pengorbanan besar yang tak mampu dibayar, namun doaku takkan putus ku hantar. ya Allah, bantulah saya untuk jaga hati dan perasaan umi abah sentiasa...