iLovePalestine.com

21 November 2011

menangis kerana takut kepada Allah

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:

"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:

"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah)" kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:

"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:

"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:

"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:

"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:

"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

- iluvislam.com

13 November 2011

* wanita cantik *

salam,
wanita cantik mengikut Allah..

melukis kekuatan melalui masalahnya,

tersenyum di saat tertekan,

tertawa di saat hati sedang menangis,

tabah di saat terhina,

mempesona kerana memaafkan,

mengasihi tanpa meminta balas,

dan bertambah kuat dalam doa & pengharapan illahi.

11 November 2011

peliharalah maruah mu..

salam,
“Perempuan tidak perlu mendekati lelaki untuk mengetahui siapakah yang Allah takdirkan untuk dia.Yang Allah takdirkan untuk kita …akan tetap datang walaupun kita mengelaknya. Peliharalah maruah agar dengannya kita boleh menuntut janji,bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..

09 November 2011

jaga hatimu :)

Salam,
Tuhan,
leraikanlah dunia yang mendiam dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta!
hanya cintaMu ku harap tumbuh..

‎''Jatuh cinta perkara biasa, apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang itu, apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni,

tetapi kita kena ingat, kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai, kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang ALLAH dah tetapkan sejak azali, dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita."

01 November 2011

Allahumma..

Salam,

orang yang selalu berdoa akan tenang :)

Salam,

"Maka berdoalah. Susunlah doa kita. Fahami apa yang kita doakan. Yakini bahawa Allah akan memakbulkannya. Dan jangan sesekali lupa untuk berusaha dengan sesungguh-sungguhnya.


Orang yang selalu berdoa akan tenang. Kerana dia akan melihat, satu persatu doanya dijawab oleh Allah SWT.

Langit Ilahi (Kadang-kadang Kita Terlupa Berdoa)