iLovePalestine.com

21 March 2011

a swan's dream

Assalamualaikum,
I have a dream,
even if I'm thrown away or ripped to shreds,

deep in my heart,
I have a dream as precious as gem .

if by chance, without a reason,
somebody ridicules me behind my back.

I had to endure it,
I could endure it.. just for that day.

Yes, I have a dream.
and i believe in my dream.

13 March 2011

bahaya tidur seusai solat subuh

Assalamualaikum wbt,

Ibnul Qayyim menjelaskan bahawa banyak tidur;
1. mematikan hati dan membuat badan merasa malas
2. membuang masa.

Waktu tidur yang paling bermanfaat;

1. tidur ketika sangat memerlukan,
2. tidur di awal malam,
3. tidur di tengahari.

Menurut para salaf, larangan untuk tidur adalah ketika selesai solat subuh sehingga matahari terbit.

kenapa?

Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut sehingga terbitnya matahari. Ini kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezki dan datangnya barakah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI [*]
1. Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
2. Bukan akhlak dan kebiasaan para salafus soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
3. Tidak mendapatkan barakah di dalam waktu dan amalannya.
4. Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya..

Beliau Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,
"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda
dan akhir harinya seperti waktu tuanya."
(Miftah Daris Sa'adah, 2/216).
Amalan seseorang di waktu muda
mempengaruhi amalan di waktu tuanya.

5. Menghambat datangnya rezki.

Ibnul Qayyim berkata:
"4 hal yang menghambat datangnya rezki:
tidur di waktu pagi,
sedikit solat,
malas-malasan dan
berkhianat."
(Zaadul Ma’ad, 4/378)

6. Menyebabkan pelbagai penyakit badan, antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)


[*] Pembahasan berikut disarikan dari tulisan Ustadz Abu Maryam Abdullah Roy, Lc yang berjudul ‘Tholabul ‘Ilmi di Waktu Pagi’ dan ada sedikit tambahan dari kami.

****
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Artikel http://rumaysho.com

12 March 2011

aku ingin dicintai kerana Allah

Assalamualaikum wbt,
Bismillah,

Jika kau mencintaiku kerana kecantikanku
Menyejukkan setiap mata yang memandangnya
Kemudian aku bertanya,
'Saat kecantikan itu memudar ditempuh usia
Seberapa pudarkah kelak cintamu padaku?'

Jika kau mencintaiku kerana sifatku yang ceria
Menjadi semangat yang menyala di dalam hati mu
Kemudian aku bertanya,
'Bila keceriaan itu kelam dirundung duka
Seberapa muram cintamu kan ada?'


Jika kau mencintaiku kerana ramah hatiku
Memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu
Kemudian aku bertanya,
'Kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka
Seberapa mampu cintamu memendam praduga?'

Jika kau mencintaiku kerana cerdasnya diriku
Membuatmu yakin pada keputusanku
Kemudian aku bertanya,
'Ketika kecerdasan itu beransur hilang menua
Seberapa bijak cintamu tuk tetap mengharapku?'

Jika kau mencintaiku kerana
kemandirian yang ku miliki
Menyematkan rasa bangga mu yang mengenalku
Kemudian aku bertanya,
'Jika di tengah itu rasa manjaku tiba menyeruak
Seberapa tangguh cintamu tuk tetap bersamaku?'

Jika kau mencintaiku kerana tegarnya sikapku
Menambatkan rasa kagum pada kukuhnya pertahananmu
Kemudian aku bertanya,
'Andai ketegaran itu rapuh diterpa badai
Seberapa kuat cintamu bertahan?'

Jika kau mencintaiku kerana
pengertian yang ku berikan
Menumbuhkan ketenangan kerana
kepercayaan yang ku tanam
Kemudian aku bertanya,
'Kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat
Seberapa kau mampu mengerti cinta ini?'

Jika kau mencintaiku kerana
luasnya danau kesabaranku
Menambah dalamnya rasa cinta
semakin kau mengenalku
Kemudian aku bertanya,
'Mungkin kesabaran itu mencapai
batas membendung kesalahanku
Seberapa besar cinta mampu kau memaafkan?'


Jika kau mencintaiku kerana keteguhan imanku
Bagai siradj yang benderang menghantarkan cahaya
Kemudian aku bertanya,
'Kala iman itu jatuh menurun
Seberapa berkurang akhirnya cintamu padaku?'

Jika kau mencintaiku kerana
Ku yang akan kau pilih sebagai cinta
yang kan kau pegang sepanjang hayat
Kemudian aku bertanya,
'Pun hati ini tergoncang
Seberapa mantap cinta ini untuk tetap setia?'

Andai sejuta alasan tidak cukup
Untuk membuat cinta ini tetap bersama diriku
Maka biar kupinta satu alasan
untuk menjaga cinta yang halal ini....

'Aku ingin kau mencintai ku kerana Allah..'

Kerana Dia akan selalu ada untuk menjaga,
Maka cintaku akan tetap utuh dan setia,
Hingga kelak,
aku tidak mampu lagi untuk mencintaimu,
Kerana cintaku kan kembali kepada-Nya..

Bismillahirrahmaanirrahiim.
aku ingin dicintai kerana Allah~

ujian menjadikan kita kuat

Assalamualaikum wbt,

tiba-tiba saya teringat kata-kata ustaz beberapa hari yang lalu, lebih kurang gini:

"ikhlas, bersyukurlah, kemudian bersabar."

kenapa?
kerana ada yang diuji lebih teruk daripada kita!


Abud-Darda’ Radhiyallahu anhu berkata: “Apabila Allah telah menetapkan suatu takdir, maka yang paling dicintai-Nya adalah meridhai takdir-Nya”.

10 March 2011

mengumpat yang dibolehkan

Assalamualaikum wbt, saya terbaca blog seseorang dan seseorang pasal ni. menarik!

"Yop puasa tak di sekolah hari ni?" saya bertanya semasa mengambil Saiful Islam dari PASTI.

"Puasa. Ada kawan Yop nama Aman menangis, Abi. Sebab tak tahan puasa." kata Yop.

"TAK BAIK MENGUMPAT. Yop menangis tak?"

"Tak. Yop tak nangis."

~Bercinta Sampai Ke Syurga

tak terpikir pulak tu pun dikira mengumpat. agak-agaknya dah berapa kali kita mengumpat?? muhasabah untuk diri~

Diriwayatkan bahawa Luqmanul Hakim pernah ditanya: “Apa rahsia kebijaksanaanmu? Jawabnya: Aku tidak bercakap perkara yang tidak memberi faedah kepadaku. Kata Luqman lagi: Diam itu bijaksana, tetapi sedikit pelakunya.”


Namun, ulama menyenaraikan beberapa kelonggaran yang mengizinkan kita menyebut kekurangan orang lain di belakangnya iaitu tidak dikira dosa. Ia termasuk beberapa keadaan berikut:

1. Apabila seseorang itu dizalimi, maka dia dibolehkan menceritakan kezaliman ke atasnya kepada pihak yang bertanggungjawab;
2. Apabila hendak mendapat fatwa atau mengetahui hukum sesuatu;
3. Apabila ingin memberi peringatan kepada orang lain;
4. Apabila seseorang itu dikenali dengan gelaran itu secara menyeluruh; dan
5. Apabila ia terkenal dengan jahatnya.

* * *

Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

09 March 2011

34 muhasabah buat diri

Risalah muhasabah ini dinukilkan dari kitab Al-Wabil Ash-Shoyyib oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah, semoga ianya memberi kebaikan kepada kita dalam merefleksi kehidupan kita selama ini.

34 kehidupan seharian sebagai muslim :

1. Apakah Anda selalu solat subuh berjama'ah di masjid setiap hari ?

2. Apakah Anda selalu menjaga Solat yang lima waktu di masjid ?

3. Apakah Anda hari ini membaca Al-Qur'an ?

4. Apakah Anda rutin membaca zikir setelah selesai melaksanakan Solat wajib ?

5. Apakah Anda selalu menjaga Solat sunnah Rawatib sebelum dan sesudah Solat wajib ?

6. Apakah Anda (hari ini) Khusyu dalam Solat, menghayati apa yang Anda baca ?

7. Apakah Anda (hari ini) mengingat Mati dan Kubur ?

8. Apakah Anda (hari ini) mengingat hari Kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya ?

9. Apakah Anda telah memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebanyak tiga kali, agar memasukkan Anda ke dalam Syurga ? Maka sesungguhnya barang siapa yang memohon demikian, Syurga berkata : "Wahai Allah SWT. masukkanlah ia ke dalam Syurga".

10. Apakah Anda telah meminta perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali ? Maka sesungguhnya barangsiapa yang berbuat demikian, neraka berkata : "Wahai Allah peliharalah dia dari api neraka". (Berdasarkan hadits Rasulullah SAW yang artinya : "Barangsiapa yang memohon Syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, Syurga berkata : "Wahai Allah masukkanlah ia ke dalam Syurga. Dan barangsiapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata : "Wahai Allah selamatkanlah ia dari neraka". (Hadits Riwayat Tirmidzi dan di sahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami No. 911. Jilid 6).

11. Apakah Anda (hari ini) membaca hadith Rasulullah SAW?

12. Apakah Anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik ?

13. Apakah Anda telah berusaha untuk menghindari banyak tertawa dan bergurau ?

14. Apakah Anda (hari ini) menangis kerana takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala ?

15. Apakah Anda selalu membaca Dzikir pagi dan petang hari ?

16. Apakah Anda (hari ini) telah memohon ampunan kepada Allah SAW atas dosa-dosa (yang engkau telah perbuat) ?

17. Apakah Anda telah memohon kepada Allah SWT dengan benar untuk mati Syahid ? Kerana sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda yang ertinya : "Barangsiapa yang memohon kepada Allah SWT dengan benar untuk mati syahid, maka Allah SWT akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidur". (Hadits Riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam shahihnya, Al-Hakim dan ia mensahihkannya).

18. Apakah Anda telah berdo'a kepada Allah SWT agar ia menetapkan hati Anda atas agama-Nya ?

19. Apakah Anda telah mengambil kesempatan untuk berdo'a kepada Allah SWT di waktu-waktu yang mustajab?

20. Apakah Anda telah membeli buku-buku agama Islam untuk memahami agama ? (Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan pemahaman yang difahami oleh para Sahabat Nabi SAW, kerana banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran justru merosakan kefahaman Islam yang benar).

21. Apakah Anda telah memintakan ampunan kepada Allah SWT untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah ? Kerana setiap mendo'akan mereka Anda akan mendapat kebajikan pula.

22. Apakah Anda telah memuji Allah SWT (dan bersyukur kepada-Nya) atas nikmat Islam ?

23. Apakah Anda telah memuji Allah SWT atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya ?

24. Apakah Anda hari ini telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukannya ?

25. Apakah Anda dapat menahan marah yang disebabkan urusan peribadi, dan berusaha untuk marah kerana Allah SWT saja ?

26. Apakah Anda telah menjauhi sikap sombon
g dan membanggakan diri sendiri ?

27. Apakah Anda telah mengunjungi saudara seagama, ikhlas kerana Allah SWT ?

28. Apakah Anda telah menda'wahi keluarga, saudara-saudara, tetangga, dan siapa saja yang ada hubungannya dengan diri Anda ?

29. Apakah Anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua ?

30. Apakah Anda mengucapkan "Innaa Lillahi wa innaa ilaihi raji'uun" jika mendapatkan musibah ?

31. Apakah Anda hari ini mengucapkan do'a ini : "Allahumma inii a'uudubika an usyrika bika wa anaa a'lamu wastagfiruka limaa la'alamu = Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan Engkau sedangkan aku mengetahui, dan aku memohon ampun kepada-Mu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui". Barangsiapa yang mengucapkan yang demikian, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan menghilangkan darinya syirik besar dan syirik kecil. (Lihat Shahih Al-Jami' No. 3625).

32. Apakah Anda berbuat baik kepada tetangga ?

33. Apakah Anda telah membersihkan hati dari sombong, riya, hasad, dan dengki ?

34. Apakah Anda telah membersihkan lisan dari dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat dan berbuat serta berkata-kata yang tidak ada manfaatnya ?

35. Apakah Anda takut kepada Allah SWT dalam hal rezeki, makanan dan minuman, serta pakaian ?

36. Apakah Anda selalu bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan ?

untuk rujukan, layari usrahkeluarga

08 March 2011

a muslim's duties towards the Al-Quran

Assalamualaikum,

lately saya jumpa satu website, owh so muslim! jazakumullah khairan kathira, bukan senang nak berdakwah dalam bentuk lukisan. dan lukisannya semua kartun tomey-tomey laaaa. here some;

5 duties towards the Quran

Believing in the Quran is the third pillar of faith in Islam!

Recite it in the best manner possible; which is slowly, clearly and with a nice and proper tone.

Understand of the Quran means to contemplate its meanings, to reflect on its teachings, aims and wisdoms.

Apply and practice the contents of the Quran!

one must acquire the knowledge, for one cannot provide any guidance without knowledge. Remember, “Spread knowledge even if it’s just one verse of the Quran!” So equip yourself with good knowledge (even if it’s just little) and you’re good to go!

07 March 2011

bermaharkan ayat-ayat Al-Quran

Assalamualaikum,

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat
Di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada
Cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Ameen.

04 March 2011

kelebihan menghadiri majlis ilmu

Assalamualaikum,

Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah” Para sahabat bertanya:"Apakah taman syurga itu?” Jawab baginda: "Majlis Zikir.” (HR at-Tirmidzi)


Dari Abu Hurairah radiallahuanhu, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah mempunyai malaikat yang berterbangan di seluruh pelusuk bumi untuk mencari dan menulis amal baik manusia. Apabila mereka menjumpai sekumpulan manusia berzikir kepada Allah lalu

mereka menyeru sesama mereka: “Marilah ke sini, kita telah menemui apa yang kita cari.

Lantas mereka datang berduyun-duyun sambil menghamparkan sayap menaungi orang-orang yang sedang berzikir itu. Selepas itu lalu

Allah bertanya kepada para malaikat, “Apakah yang sedang dilakukan hamba-hambaKu itu ketika kamu meninggalkan mereka?

Malaikat menjawab, “Mereka di dalam keadaan memuji, mengagungkan dan bertasbih kepadaMu wahai Allah.

Allah bertanya lagi, “Adakah mereka itu pernah melihatKu?

Jawab malaikat, “Tidak pernah!

Allah terus bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka melihatKu?

Jawab malaikat, “Jika mereka melihatMu, nescaya akan bersangatanlah mereka mengagungkan, bertasbih dan bertahmid kepadaMu, ya Allah.

Allah bertanya lagi, “
Daripada apakah mereka memohon perlindunganKu?

Malaikat menjawab, “Daripada neraka.”

Allah bertanya, “Adakah mereka pernah melihat neraka?

Jawab malaikat, “Tidak pernah!

Allah bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka dapat melihat neraka?

Malaikat menjawab, “Mereka akan lari sejauh-jauhnya dari neraka kerana ketakutan.

Allah bertanya, “Apakah permintaan mereka?

Malaikat menjawab, “Mereka meminta daripadaMu syurga.

Allah bertanya, “Adakah mereka pernah melihat syurga?

Jawab malaikat, “Tidak pernah.

Allah bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka dapat melihat syurga?

Malaikat menjawab, “Mereka sangat haloba untuk memperolehinya,

Lalu Allah berkata, “Sesungguhnya aku bersaksi, bahawa aku telah mengampunkan mereka.

Para malaikat bertanya pula, “Wahai Allah! Seseorang telah datang ke dalam kumpulan ini dan dia tidak bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada mereka.

Allah menjawab, “Mereka ini adalah segolongan manusia yang tidak menyakiti orang yang menyertai mereka.

(Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim dengan lafazh hadith Imam Bukhari).

Hadith sahih ini m
enjelaskan dengan terang benderang, bahawasanya majlis zikir itu adalah suatu majlis yang dicari-cari dan dihadiri oleh malaikat. Mereka memenuhi majlis zikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga barisan mereka sampai ke langit dunia. Dan Allah pun menyatakan di hadapan para malaikat, bahawa Dia telah mengampuni dosa-dosa setiap orang yang hadir di majlis zikir itu.

berfikir sebelum berkata-kata

Salam alayk,

"jika kamu ingin berkata-kata, maka tanyakan pada dirimu terlebih dahulu sebelum kamu mengucapkan kata-kata tersebut; tiga soalan:

1. Adakah kata-kata ini diredhai Allah?
2. Adakah kata-kata ini akan ditulis pada lembaran kebaikanku atau kejahatanku?
3. Adakah kata-kata ini akan memberi manfaat kepadaku di dalam kubur kelak?

Jika kamu tidak mengetahui akan jawapannya maka tahanlah lidahmu daripada berkata-kata." berkata-kata dengan menulis/menaip sama saja okey, takyah nak 'exclude'kan diri hehe.

see NO evil, hear NO evil, speak NO evil
haa satu lagi write NO evil ! ^^

sabda Rasulullah SWT:
"...zinanya mata adalah melihat,
zinanya telinga adalah mendengar,
zinanya lidah adalah bicara..."
[HR Bukhari]

sumber; here & here

Ya Rabb
kutiplah aku dengan rahmatMu
dan sedarkan aku dengan berkatMu

02 March 2011

support the people's revolution.

Salam Alayk.

"now the pain we all feel at this dreadful loss reminds, reminds us, that though we may come from different countries and speak in different tongues, our hearts beat as one!"

Firman Allah SWT: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Al-A’raf ayat 167

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, hingga munculnya banyak kekacauan. Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksud ‘harj’ (kekacauan) itu, wahai Rasulullah? Nabi s.a.w. menjawab: Pembunuhan demi pembunuhan;- Riwayat Muslim

pokok Gharqad/ African boxthorn

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi”. Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

sumber: here & here

janji Allah SWT dan rasul-Nya itu sentiase benar dan tepat;

Firman Allah SWT: "akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." Ar-Rum ayat 6