iLovePalestine.com

27 November 2010

tempat kembali melambai-lambai

Assalamualakum hai hai!
19november2010 (a day after Eidul Fitri)

Lorong Kubur Terap tempat sasaran kami.

hari ni sepatotnye ada alumni Kiblah, tapi umi aku suh utamakan pergi tempat special ni dulu. pagi2 dalam kul9 a.m, umi, abah dan damia termasuk aku sudah pun bersiap cantik cantik hehe. ye lah, ni kan tempat special, nanti gape pulak orang kate nanti. bawak buku yaasin, air kosong dan tikar! jom! hehe macam jauh sangat je, ekceli lorong ni tak laa jauh sangat dengan lorong rumah aku. insyaAllah aku pun mungkin ditanam kat sini jugak. atau pun dekat Panchor. haha agak jauh.

"Assalamualaikum ya ahli kubur".
doa kami semoga kalian sejahtera selalu.

"damia, tu lah kubur adik damia" answered my father to her grandchild, damia.

"adik aisyah dan zainab duduk dalam syurga kan, tokku?" damia bertanya lagi.

sayu hati ni bila dengar sorang budak kecik yang suka bertanya menanyakan hal ni. betul, sayu. sayu bila ada sorang budak menyentuh pasal kematian? sayu bila ada sorang budak mengingatkan kita tentang sesuatu yang mendekatkan kita dengan Allah? Allah.. ya Allah..

damia dan abah kat kubur my grandpaa.

mati, ia pasti, ia menghampiri. sejauh mana kita berlari, kematian akan tetap menjemput kita jugak nanti. so, teman yang paling setia tentulah kematian. tapi kkerap kali kita melupai teman setia kita ni. ayuh, jom berubah! berikan hadiah yang palingg manis untuk teman kita ini. ingat! hadiah yang termanis yang kita sediakan untuk kematian, sudah tentu dibalas dengan hadiah yang paling manis juga. yup, pahala. pastikan hadiah yang kita mau bagi mestilah ikhlas lillahi ta'ala. "tapi nak bagi hadiah ape ek? kereta volkswagen, buleh? aku manyak duit ni." auww, sorry. bukan itu maksud saya :)

Daripada Anas r.a daripada rasulullah s.a.w sabdanya, “Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya”. Riwayat al-Bukhari dan muslim.

maksud dalam hadis ni, dia kate ade 3perkara je yang dapat menjamin keadaan jenazah dalam kubur dan akhirat kelak. tapi secara keseluruhannya, amalan baik jenazah yang sangat sangat paling menjamin jenazah tersebut. kedua ialah keluarga jenazah tersebut ialah daripada keluarga yang bertakwa. seterusnya ketiga ialah harta yang digunakan untuk kebajikan juga daripada sumber yang halal.

Dari Abi Said Al-Khudhri ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Bila jenazah diangkat dan orang-orang mengusungnya di atas pundak, maka bila jenazah itu baik, dia berkata, Percepatlah perjalananku. Sebaliknya, bila jenazah itu tidak baik, dia akan berkata, Celaka!, mau dibawa ke mana aku? Semua makhluk mendengar suaranya kecuali manusia. Bila manusia mendengarnya, pasti pengsan."

pengsan kat situ, bukannya pengsan biasa2 tau. ustazah aku kate pengsan yang tak bangun bangun, lebih kurang mati mengejut kot. hadis kat atas ni hadis yang pernah belajar masa form4 dan dan form6. suka belajar hadis ni terutama bila dia hurai amalan baik tuu dengan lebih detail. saye rindu nak masuk form6 dan belajar balik! hehe. by the way, semoga kita tergolong dalam golongan husnul khatimah. peringatan untuk diri saya yang sering lupa dan alpa, tak lupa juga peringatan kepada sahabat2 yang lain. alamak, ada alumni pulak kejap lagi! hee, sekian :)

ya Allah,
aku akui dosa dosa ku menutupi hati ku,
air mata suci yang aku rindu kian membeku
malunya aku padaMu, ya Allah
ku mohon anugerahkanlah aku sebuah tangisan
yang lahir atas cintaku hanya pada-Mu,
sungguh aku rindu pada tangisan menghadap-Mu.
ameen

website yang banyak mendidik ku pada hari ni:

No comments: