iLovePalestine.com

29 April 2011

7tips eratkan hubungan kita dengan Al-Qur’an

Assalamualaikum,

Adakah anda salah satu dari orang-orang yang jarang sekali memegang Al-Qur'an? Atau adakah anda membacanya setiap hari, tetapi tidak memberi kesan kepada anda seperti orang lain? Apa pun masalah yang mungkin terjadi, berikut beberapa tip mudah yang akan membantu anda untuk berhubungan dengan Al-Qur'an:

1. Sebelum menyentuhnya, periksalah hati anda

Tanyakan sejujurnya pada diri kita, mengapa kita membacanya. Adakah hanya sekadar untuk mendapatkan informasi dan kemudian meninggalkan Al-Quran dari diri anda begitu saja sesudahnya? Ingatlah bahawa isteri baginda menjelaskan Nabi Muhammad SAW umpama "Al-Qur'an yang berjalan". Dengan kata lain, baginda tidak hanya membaca dan memperindah bacaan Al-Qur'an, tetapi baginda hidup di dalamnya.

2. Berwudhu

Berwudhu adalah persiapan bagi fizikal dan mental yang baik untuk mengingatkan kita bahawa kita tidak hanya sekadar membaca buku. Malah, ia lebih kepada kita hendak berinteraksi dengan Tuhan, sehingga menjadi bersih harus diprioritaskan saat berkomunikasi dengan-Nya.

3. Baca hanya 5 minit setiap harinya

Anda sering berfikir bahawa anda harus membaca Al- Qur'an setidaknya 1 jam penuh. Jika bukan merupakan kebiasaan kita untuk membacanya setiap hari, maka hal tersebut merupakan sangat sukar. Mulailah terlebih dahulu dengan hanya 5 minit setiap hari. Jika anda melakukan langkah pertama, Insya Allah (dengan seizin Allah), anda akan merasakan bahawa 5 minit tersebut akan menjadi 10 menit, kemudian menjadi setengah jam, kemudian 1 jam, dan bahkan mungkin lebih!

4. Pastikan bahwa kamu memahami apa yang kamu baca

5 minit dalam membaca Al-Qur'an dalam bahasa Arab adalah baik, tetapi anda perlu memahami apa yang anda baca tersebut. Pastikan bahwa anda memiliki terjemahan Al-Qur'an yang baik dalam bahasa yang anda sangat fahami. Selalu berusaha untuk membaca terjemahan apa yang anda baca setiap harinya tersebut.

5. Ingat, Al-Qur'an adalah lebih interaktif dibanding sebuah CD.

Di dalam sebuah CD Rom interaktif dan program komputer, beberapa orang berfikir bahawa buku-buku adalah lebih pasif dan membosankan. Berbeza dengan Al-Qur'an. Ingatlah saat anda membaca Al-Qur'an, anda sedang berinteraksi dengan Allah. Allah sedang berbicara dengan anda, maka semaklah bacaan anda.

6. Jangan hanya membaca, tetapi dengarkan juga

Saat ini banyak sekali terdapat kaset-kaset audio dan CD Al-Qur'an, beberapa diantaranya bahkan dengan terjemahan yang sangat baik. Kaset dan CD ini sangat baik dimasukkan di dalam walkman atau pun CD atau dalam kenderaan anda sepanjang dalam perjalanan. Gunakan ini sebagai tambahan untuk bacaan Al-Qur'an anda setiap hari, bukan sebagai pengganti.

7. Berdoalah

Mintalah kepada Allah untuk menuntun anda ketika membaca Al-Qur'an. Tujuannya adalah khususnya untuk mencintai Allah, berinteraksi dengan-Nya dengan membaca, memahami dan mengaplikasikan Firman-Firman-Nya. Berdoalah kepada Allah untuk pertolongan dan tuntunan-Nya, dan berusaha untuk membaca Al-Quran sebaik mungkin.

credit to: layar minda

No comments: