iLovePalestine.com

04 March 2011

kelebihan menghadiri majlis ilmu

Assalamualaikum,

Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah” Para sahabat bertanya:"Apakah taman syurga itu?” Jawab baginda: "Majlis Zikir.” (HR at-Tirmidzi)


Dari Abu Hurairah radiallahuanhu, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah mempunyai malaikat yang berterbangan di seluruh pelusuk bumi untuk mencari dan menulis amal baik manusia. Apabila mereka menjumpai sekumpulan manusia berzikir kepada Allah lalu

mereka menyeru sesama mereka: “Marilah ke sini, kita telah menemui apa yang kita cari.

Lantas mereka datang berduyun-duyun sambil menghamparkan sayap menaungi orang-orang yang sedang berzikir itu. Selepas itu lalu

Allah bertanya kepada para malaikat, “Apakah yang sedang dilakukan hamba-hambaKu itu ketika kamu meninggalkan mereka?

Malaikat menjawab, “Mereka di dalam keadaan memuji, mengagungkan dan bertasbih kepadaMu wahai Allah.

Allah bertanya lagi, “Adakah mereka itu pernah melihatKu?

Jawab malaikat, “Tidak pernah!

Allah terus bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka melihatKu?

Jawab malaikat, “Jika mereka melihatMu, nescaya akan bersangatanlah mereka mengagungkan, bertasbih dan bertahmid kepadaMu, ya Allah.

Allah bertanya lagi, “
Daripada apakah mereka memohon perlindunganKu?

Malaikat menjawab, “Daripada neraka.”

Allah bertanya, “Adakah mereka pernah melihat neraka?

Jawab malaikat, “Tidak pernah!

Allah bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka dapat melihat neraka?

Malaikat menjawab, “Mereka akan lari sejauh-jauhnya dari neraka kerana ketakutan.

Allah bertanya, “Apakah permintaan mereka?

Malaikat menjawab, “Mereka meminta daripadaMu syurga.

Allah bertanya, “Adakah mereka pernah melihat syurga?

Jawab malaikat, “Tidak pernah.

Allah bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka dapat melihat syurga?

Malaikat menjawab, “Mereka sangat haloba untuk memperolehinya,

Lalu Allah berkata, “Sesungguhnya aku bersaksi, bahawa aku telah mengampunkan mereka.

Para malaikat bertanya pula, “Wahai Allah! Seseorang telah datang ke dalam kumpulan ini dan dia tidak bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada mereka.

Allah menjawab, “Mereka ini adalah segolongan manusia yang tidak menyakiti orang yang menyertai mereka.

(Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim dengan lafazh hadith Imam Bukhari).

Hadith sahih ini m
enjelaskan dengan terang benderang, bahawasanya majlis zikir itu adalah suatu majlis yang dicari-cari dan dihadiri oleh malaikat. Mereka memenuhi majlis zikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga barisan mereka sampai ke langit dunia. Dan Allah pun menyatakan di hadapan para malaikat, bahawa Dia telah mengampuni dosa-dosa setiap orang yang hadir di majlis zikir itu.

No comments: