iLovePalestine.com

13 March 2011

bahaya tidur seusai solat subuh

Assalamualaikum wbt,

Ibnul Qayyim menjelaskan bahawa banyak tidur;
1. mematikan hati dan membuat badan merasa malas
2. membuang masa.

Waktu tidur yang paling bermanfaat;

1. tidur ketika sangat memerlukan,
2. tidur di awal malam,
3. tidur di tengahari.

Menurut para salaf, larangan untuk tidur adalah ketika selesai solat subuh sehingga matahari terbit.

kenapa?

Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut sehingga terbitnya matahari. Ini kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezki dan datangnya barakah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI [*]
1. Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
2. Bukan akhlak dan kebiasaan para salafus soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
3. Tidak mendapatkan barakah di dalam waktu dan amalannya.
4. Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya..

Beliau Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,
"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda
dan akhir harinya seperti waktu tuanya."
(Miftah Daris Sa'adah, 2/216).
Amalan seseorang di waktu muda
mempengaruhi amalan di waktu tuanya.

5. Menghambat datangnya rezki.

Ibnul Qayyim berkata:
"4 hal yang menghambat datangnya rezki:
tidur di waktu pagi,
sedikit solat,
malas-malasan dan
berkhianat."
(Zaadul Ma’ad, 4/378)

6. Menyebabkan pelbagai penyakit badan, antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)


[*] Pembahasan berikut disarikan dari tulisan Ustadz Abu Maryam Abdullah Roy, Lc yang berjudul ‘Tholabul ‘Ilmi di Waktu Pagi’ dan ada sedikit tambahan dari kami.

****
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Artikel http://rumaysho.com

No comments: