iLovePalestine.com

10 March 2011

mengumpat yang dibolehkan

Assalamualaikum wbt, saya terbaca blog seseorang dan seseorang pasal ni. menarik!

"Yop puasa tak di sekolah hari ni?" saya bertanya semasa mengambil Saiful Islam dari PASTI.

"Puasa. Ada kawan Yop nama Aman menangis, Abi. Sebab tak tahan puasa." kata Yop.

"TAK BAIK MENGUMPAT. Yop menangis tak?"

"Tak. Yop tak nangis."

~Bercinta Sampai Ke Syurga

tak terpikir pulak tu pun dikira mengumpat. agak-agaknya dah berapa kali kita mengumpat?? muhasabah untuk diri~

Diriwayatkan bahawa Luqmanul Hakim pernah ditanya: “Apa rahsia kebijaksanaanmu? Jawabnya: Aku tidak bercakap perkara yang tidak memberi faedah kepadaku. Kata Luqman lagi: Diam itu bijaksana, tetapi sedikit pelakunya.”


Namun, ulama menyenaraikan beberapa kelonggaran yang mengizinkan kita menyebut kekurangan orang lain di belakangnya iaitu tidak dikira dosa. Ia termasuk beberapa keadaan berikut:

1. Apabila seseorang itu dizalimi, maka dia dibolehkan menceritakan kezaliman ke atasnya kepada pihak yang bertanggungjawab;
2. Apabila hendak mendapat fatwa atau mengetahui hukum sesuatu;
3. Apabila ingin memberi peringatan kepada orang lain;
4. Apabila seseorang itu dikenali dengan gelaran itu secara menyeluruh; dan
5. Apabila ia terkenal dengan jahatnya.

* * *

Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

No comments: