iLovePalestine.com

10 July 2016

Mencari ketenangan..

Assalamualaikum..

Menghargai hari-hari yang berlalu, dan memandang orang-orang yang pernah hadir dalam hidup dengan rahmah dan kasih sayang. Bertabayyunlah sebelum menghukum, bimbang dosa yang seolah2 kecil ini penghalang ke syurga Ilahi. Bukankah Allah telah lama memberi peringatan, jangan kamu dengar berita dari orang yang fasiq. Meski ia sedikit memeritkan cuma moga-moga ia merupakan suatu pengajaran untuk membentuk diri yang lebih baik daripada semalam.

Jangan begitu naif. Bersangka baik lah kerana sangka baik itu bukan sahaja melapangkan dada kita, juga menenangkan hati orang di luar sana.

Biarkan orang2 itu datang dan pergi kerana hukum alam pastinya begitu, kelahiran berakhir juga dengan kematian. Hargailah setiap insan yang hadir kerana mereka memberi seribu makna dalam kehidupan. Siapa tahu hari esok bukan lagi milikmu.

Ketahuilah bahawa Tuhan tidak pernah mungkiri janji sepastinya yang "terbaik" itu datang dan setia disisi; keluarga mahupun sahabiyah. Dan ku akan terusan berdoa moga antara keramaian yang terbaik itu, salah seorangnya adalah dia :)

Moga dalam peliharaan Allah sentiasa

No comments: