iLovePalestine.com

12 March 2011

aku ingin dicintai kerana Allah

Assalamualaikum wbt,
Bismillah,

Jika kau mencintaiku kerana kecantikanku
Menyejukkan setiap mata yang memandangnya
Kemudian aku bertanya,
'Saat kecantikan itu memudar ditempuh usia
Seberapa pudarkah kelak cintamu padaku?'

Jika kau mencintaiku kerana sifatku yang ceria
Menjadi semangat yang menyala di dalam hati mu
Kemudian aku bertanya,
'Bila keceriaan itu kelam dirundung duka
Seberapa muram cintamu kan ada?'


Jika kau mencintaiku kerana ramah hatiku
Memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu
Kemudian aku bertanya,
'Kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka
Seberapa mampu cintamu memendam praduga?'

Jika kau mencintaiku kerana cerdasnya diriku
Membuatmu yakin pada keputusanku
Kemudian aku bertanya,
'Ketika kecerdasan itu beransur hilang menua
Seberapa bijak cintamu tuk tetap mengharapku?'

Jika kau mencintaiku kerana
kemandirian yang ku miliki
Menyematkan rasa bangga mu yang mengenalku
Kemudian aku bertanya,
'Jika di tengah itu rasa manjaku tiba menyeruak
Seberapa tangguh cintamu tuk tetap bersamaku?'

Jika kau mencintaiku kerana tegarnya sikapku
Menambatkan rasa kagum pada kukuhnya pertahananmu
Kemudian aku bertanya,
'Andai ketegaran itu rapuh diterpa badai
Seberapa kuat cintamu bertahan?'

Jika kau mencintaiku kerana
pengertian yang ku berikan
Menumbuhkan ketenangan kerana
kepercayaan yang ku tanam
Kemudian aku bertanya,
'Kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat
Seberapa kau mampu mengerti cinta ini?'

Jika kau mencintaiku kerana
luasnya danau kesabaranku
Menambah dalamnya rasa cinta
semakin kau mengenalku
Kemudian aku bertanya,
'Mungkin kesabaran itu mencapai
batas membendung kesalahanku
Seberapa besar cinta mampu kau memaafkan?'


Jika kau mencintaiku kerana keteguhan imanku
Bagai siradj yang benderang menghantarkan cahaya
Kemudian aku bertanya,
'Kala iman itu jatuh menurun
Seberapa berkurang akhirnya cintamu padaku?'

Jika kau mencintaiku kerana
Ku yang akan kau pilih sebagai cinta
yang kan kau pegang sepanjang hayat
Kemudian aku bertanya,
'Pun hati ini tergoncang
Seberapa mantap cinta ini untuk tetap setia?'

Andai sejuta alasan tidak cukup
Untuk membuat cinta ini tetap bersama diriku
Maka biar kupinta satu alasan
untuk menjaga cinta yang halal ini....

'Aku ingin kau mencintai ku kerana Allah..'

Kerana Dia akan selalu ada untuk menjaga,
Maka cintaku akan tetap utuh dan setia,
Hingga kelak,
aku tidak mampu lagi untuk mencintaimu,
Kerana cintaku kan kembali kepada-Nya..

Bismillahirrahmaanirrahiim.
aku ingin dicintai kerana Allah~